Thursday, December 18, 2008

Mencari Nilai Keikhlasan

Memang sukar dan payah untuk menilai setiap perbuatan individu.

Apatah lagi untuk menilai apa yang dilakukan diri sendiri.

Kalau melihat orang lain melakukan sesuatu kebaikan, muncul bisikan- bisikan nakal... " bukan ikhlas tu, saje nak menunjuk- nunjuk".

Apakah maksud bisikan itu? Adakah menilai individu dari apa yang dirasakan kita betul?

Aku sendiri sentiasa berkira- kira untuk melakukan sesuatu kebaikan... tapi mereka berbuat baik lebih daripada apa yang dapat aku lakukan, dan tergamak bisikan nakal itu mengatakan... BUKANNYA IKHLAS TU...

Nah adakah ikhlas semudah itu untuk ditentukan.

Hanya hati pelaku saja yang mengetahui, hati ini juga terkadang tergelincir apabila mendengar pujian dan tepukan dari manusia. Maka, Allah jugalah yang layak menentukan.

Aku sering mencuba untuk menjiwai keikhlasan, tak tahulah juga jika niatku untuk menulis ini lari daripada keihklasan. Namun apa yang pasti, mencuba untuk memupuk hati menjadi ikhlas sangatlah penting. Sepenting tiang yang tertegak untuk menampung atap!

Masakan tidak sepenting itu, jika tujuan itu selain Allah, maka amalan itu hanya akan menjadi sia2.. tidak bermakna.. ibarat sampah.. kotor.. lagi mengundang bau busuk.. dan lalat.

Itulah yang ditakuti aku dalam melakukan sesuatu. Aku juga takut munculnya rasa riak, rasa bagusnya diri... siapa aku untuk merasa itu? Merasa seperti seorang yang lebih baik daripada apa yang telah diciptakanNYA. Ternyata aku tak layak untuk merasakan itu.

Walaupun terkadang hati ini bersuara mengharap sesuatu selain daripadaNYA, memasang niat selain daripada keredhaanNYA. Namun selagi nyawa masih di dalam badan, pintu taubat masih terbuka. Panjatkanlah doa dan rintihanmu kepadaNYA. Allah cintakan rintihan hambaNYA...
Beristiqamahlah dan jagalah hati, daripada maksiat jiwa. Perliharalah hatimu daripada itu.

Periksalah niat pada awal perbuatan, ketika perbuatan dan selepas perbuatan, berhati2lah dalam setiap urusan agar niatmu sentiasa terpelihara.

Aku mahu usahaku kerana Allah,
Aku tak mahu cinta manusia mencemarinya,
Aku mahu hidupku kerana Allah,
Aku takut matiku berakhir dengan sebaliknya,
Aku mahu pelajaranku kerana Allah,
Aku takut dicemari dengan indahnya harta dunia,
Aku mahu gembiraku kerana dekatnya dalam agama Allah,
Aku mahu sedihku apabila aku jauh dari agama Allah,
Aku mahu perbuatan ikhlas semata- mata kerana Allah...

Ikhlas itu sukar di cari
ibarat mencari
semut yang HITAM
diatas batu yang HITAM
di dalam malam yang HITAM

Ya Allah ikhlaskanlah hati hambaMu ini
aku sedar pentingnya
kerana setiap perbuatan bergantung kepada apa yang diniatkan (hadith 1 Matan Arba'in Imam Nawawi).

Berilah kekuatan kepada hambaMu ini Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Amin.

No comments: