Showing posts with label luahan. Show all posts
Showing posts with label luahan. Show all posts

Thursday, May 14, 2009

Bila Idea dah Kering

Assalamualaikum,

Ini la masalah bile ade blog tapi tak update

nak carik alasan untuk tak update blog memang banyak

nak tulis apa ya?

elok ka kalau saya tulis ni?

eh macam takda masa nak tulis plak...

em nanti2 la tulis

owh... tadi dah ada idea tapi dah hilang plak..

macam2 lagi bole buat alasan

internet slow..

server down..

and so on...

tapi bile idea dah melimpah

laptop pulak jauh... jauh dari internet

jauh dalam locker..

malas nak ambik untuk tulis..

habis2 tak bertulis pun...

sadis sungguh

ni dah tulis pun sebab cam nak cukupkan syarat

walaupun idea dah berkarat

tak tahu apa lagi yang nak dikongsi

mungkin akan tulis pasal Purdue Pegboard Test nanti

Tgh sronok Measure Hand Dexterity student Medic 1st Year

siap gne caliper elektronik ntuk amik hand width and lenght

mahal wo harga mende tu(RM 135- saye yang pergi beli)

tapi ukur memang best la sebab tak payah susah nak tgk dia punya decimal point

sume dah cantik terpapar kat skrin

Purdue Peg Board test ni... erm... erm..

dah takde idea pulak.

nanti la tulis..

Wallahua'alam


Sunday, April 26, 2009

Trima kasih untuk itu...



Aku bukan orang sempurna
yg mampu beri segalanya
cuma mampu terusku berdoa
dan bergerak untukku berusaha

Ku tahu ku punya kelemahan
namun itu bukanlah pilihan
inginku ubah namun ku perlu kekuatan
dan ruang sebuah perubahan

sayap patah ku terjatuh
badai ganas menghempasku
hati hancur dan terluka
bila kata menghiris jiwaku

lariku cuba lari jauh
dari bayangan kata tajammu
yg melukai hati ini
menampar halus bak jarum tersimpan

ku tenangkan sehalus jiwaku
mengenang jasa engkau yang dahulu
lebih sayang daripada benci
maka ku cuba memujuk hati

walau terasa berat memaafi
namun mungkin aku juga bersalah
maka berilahku masa menyendiri
moga terubat luka yg parah

Ya Allah lembutkan hati hambamu ini
membuka ruang untukku memaafi
menjaga hubungan antara insani
moga dia tidak terasa hati

Terima kasih untuk itu...


Wednesday, April 8, 2009

Manhaj Bola???


Kesian umat skarang ni, sedih bila fikir balik apa yang berlaku. Lemahnya kita,
jahilnya kita, butanya kita. Apsal la saya cakap macam ni kan?

Pagi tadi bile saya tengok tv kat bilik tv kat CF brother. Kebetulan tengah berita pasal sukan; bola sepak. Perlawanan antara Negeri Sembilan dengan Kelantan yang berlangsung kat Stadium kat Kelantan. Di takdirkan Allah, paukan Kelantan kalah…

Penonton yang hadir ke stadium mula naik minyak seperti dirasuk syaitan(memang syaitan yang menghasut mereka untuk marah ditambah dengan dorongan nafsu). Mereka mula melakukan kemusnahan di sekitar stadium. Sebuah jip pasukan keselamatanpun ‘tak selamat’, kerana telah dibakar oleh penyokong2 negeri Kelantan yang sedang naik minyak itu. Selain itu ada juga beberapa kenderaan lain yang turut dimusnahkan.

Puncanya?

Kerana ketidakpuashatian pada keputusan perlawanan bola sepak itu. Kelantan kalah kepada negeri Sembilan 0-1.

Lihatlah betapa mudahnya kita ditipu oleh syaitan. Kita tidak marah seperti itu apabila orang awam di palestin dibunuh. Kita tidak marah seperti itu apabila Tanah Islam Iraq dan Afganistan di jajah Amerika, kita tidak marah seperti itu apabila adanya maksiat berlaku di sekeliling kita.
Tapi kita marah seperti itu apabila kita tewas dalam perlawanan bola sepak??? Apakah tujuan kita bersukan? Bukankah seharusnya sukan itu boleh menyumbang kepada kekuatan jasmani dan mengeratkan tali persaudaraan antara manusia dengan izin Allah. Jika kerana ketidakpuashatian terhadap keputusan mampu mencetuskan perbalahan, maka apakah ertinya kita bersukan? Untuk menang? Untuk kemasyuran? Untuk nafsu?

Seharusnya kita fikirkan kembali tujuan kita bersukan. Jika kita bersukan kerana Allah, kerana Allah sukakan mukmin yang kuat berbanding yang lemah maka seharusnya kita tidak selemah ini untuk tewas dengan pujuk rayu nafsu apabila kita dikalahkan dalam sesebuah perlawanan. Taksub dengan sesebuah pasukan dicampur dengan maki hamun dan ejekan menambah lagi rasa benci antara manusia. Patutkah kebencian itu dizahirkan dengan memusnahkan harta awam yang tidak bersalah? Juga harta orang lain yang tak bersalah? Mana nilai diri kita sebagai seorang muslim? Maka betullah kata ‘mereka’ yang kita ini ‘terrorist’? Merusuh kerana marah akan keputusan perlawanan itu satu nilai yang baik... Nilai yang ada dalam islam? Malulah kita yang membawa identity islam, negeri Kelantan itu majoritnya orang islam bukan? Imej inikah yang mahu kita gambarkan kepada orang yang bukan islam? Imej inikah yang ingin kita guna untuk mendakwah mereka menerima islam?

Gara- gara mengikut manhaj bola dan meninggalkan ajaran islam, inilah salah satu bahana yang telah menimpa kita. Ku pohon Allah agar menjauhi diriku dari kemarahan kepada perkara yang tidak sepatutnya. Maaflah atas luahan kekecewaan ini sekiranya ia keterlaluan buat kalian.

Wallahuta’ala ‘alam.

Thursday, March 26, 2009

Kepada Sahabatku yang Akan Membina Masjid tak lame lagi

Sahabat,
ketika pertama kali aku kenalimu,
ketahuilah bahawa aku tau ko orang yang baik

Sahabat,
Trima kasih sebab jadi sahabat aku,

Sahabat,
Aku masih menanti kad jemputan perkahwinanmu yang tak kunjung tiba lagi

Sahabat,
Aku nak solat asar ... sebab dah azan.
Lepas semayang nih aku sambung kay?

*******

okay, aku sambung balik..

Sahabat,
Tahniah sebab tak lama lagi ko akan mendirikan rumahtangga
akulah orang ke- 100 paling happy.
knapa 100? sebab yang 1st mestilah ko, yang second ayah ko.. then ramai lagi
pastu baru aku.

Sahabat,
jadilah suami yang adil..
suami yang adil tu macam mana?
ntah aku pon tak tau sebab aku belum kahwin lagi.

Sahabat,
Harap2 lepas kahwin ko dah tak menghadapi tekanan jiwa yang kronik lagi kay?
Aku kesian kat ko sebab menerima dugaan hebat sebagai seorang lelaki,
sebab ko ada 'X' factor yang membuatkan perempuan selesa bila bercakap dengan ko
sebab 'X' factor tu ramai yang menaruh hati kat ko
tak tau lah lepas ko kahwin ade lagi yang sanggup menanti
harap- harap diorang dapat terima kenyataan ni..

Sahabat,
lepas ko kahwin ko akan naik pangkat daripada 'bujang' kepada 'suami'
Aku ade kawan yang dah naik pangkat 'bapa'
blaja sekali ngan aku amek medic skali.
Aku still pangkat 'bujang' lagi
tak tau la ble bole dapat 'promotion' hehe

Sahabat,
Selepas kahwin nanti,
tanggungjawab kau pasti akan bertambah banyak.
so, harapan aku janganlah kau melepaskan tanggungjawab dalam dunia dakwah
separuh agama kau dah sempurna, so.. lebih mudah bukan untuk bergerak?
atau perkahwinan ni dapat menjadi alasan kukuh untuk kau mengelak?
fikir- fikirkan.

Sahabat,
Ini bukanlah nasihat untuk kau,
cuma luahan hati kegembiran dari seorang rakan,
aku sambut nasi minyak kau dengan senyuman,
berdoa agar kau dilimpahi kerahmatan,
semoga perkahwinanmu akan menjadi kekuatan,
untuk kau berjuang meredah gelora ujian tuhan,
menguatkan kau dalam menyampai seruan Allah kepada insan yang sedang tidur

'SELAMAT MENDIRIKAN RUMAH TANGGA!'
-macam pelik sikit bunyinya-

Wassalam
ditujukan kepade sahabatku yang berada nun jauh di sana.

Monday, January 12, 2009

It's Hard to be Top Student.. SeriUS!!

 3 out of 114???

In this entry I want to share with all of you how I feel when the first time in my life, I get no.3 in the 'minitest' of my batch from out of 114 students... hehe sound cool ha.. but we only had two minitest since our entrance at Kuantan Campus.

Firstly, I don't believe in this result because it is too high for the low rank student like me. but what to do? That's the truth. Then things comes to become complex. 

Honestly, the result is unexpected by me. I think my sniper is really working in that examination. I just read the question then I just shot them with consider some rule that I make my self. It is called as, 'MCQ Right Answering Rule' (MARA)- the rule is only useful for true false question ha.. but the risk for you to fail is really high! However if Allah want to help you, nothing can change that. 

MARA

Let me explain about the rule,

1- answer all question that you really confirm.
2- If in 5 you only confirm 1, then you answer 4, wisely.
3- If you only confirm 2, answer 1 more that you think it will be right.
4- If you already answered 3 or 4 questions, don't answer the other 2 or 1 if you not confirm.
5- If  you already answer 5 and you think all of them is true, pray to  Allah to make it all correct.
6- If you don't know anything about the question, then there is 3 choices for that:
i- answer all true
ii- answer all false
 iii- answer true/ false according to you instinct or you can use dice if you bring one.
7- try to answer at least 3 out of 5 questions.
8- feel happy when you see your paper full with the answers. =)

Caution: Don't blame me or anyone if you failed after utilized this rule. 

The Complex problem

After I got that result, most of my friend think that I really a smart student which is NOT TRUE!! I just shooting and not using my brain to answer the question. Me myself don't know the answer that I choose is correct or wrong. 

If somebody ask me why you said the answer is true? I will say, 'I just shoot'. Then he say, 'but your answer is right'. Then I say, 'Yes the answer is right but the explanation behind the answer should be right also, I don't have the explanation, maybe it can be wrong after I answer false accidently'. Thus, I don't know where I actually stand in my batch.

Friend.. Do not read between the lines..please..

The problem when you become so called 'SMART STUDENT'/ 'PERFECTIONIST' is your friends start to make that as the 'modal' to teas you. exp-

1st situation:
Me: aku tembak je la soklan tu, tengok2 betul.
friend: ko nak cakap ko pandai tembak la, aku tembak gak tapi salah.!!

2nd situation:
Me: aku rase aku tak layak untuk dapat no tiga sebab aku tak studi sangat time tu.
friend: ko nak cakap ko genius la sebab tak studipon boley dapat tinggi markah? takyah tipu ahh..

3rd situation:
Me: Lepas nih ko plak dapat no 2, haha..
friend: Apsal bukan no 1? Sebab no.1 tu ko kan? Ingat aku tak cukup bagus la ha? trima ksih la maddin..

Can you stand with these 'excessive' doses of jokes... I don't know what to say... Everything that come out from my mouth will be twisted and misinterpreted by them... haduh.. very tired... so the best way is to shut up.

Sorry guys to say that here.. I hope all of you can understand how I feel. For the next top 'student to be' prepare yourself mentally and physically also spiritually. For the two persistent top students, just maintain your 'D' title. Make our batch proud okay? 'D' title for every block.. How is that sound? Great isn't it?

Salam kejayaan untuk block yang akan datang.

Till then, thank you
Wallahutaa'la a'lam.




 


Saturday, January 10, 2009

3p4h = Epah????

Sedihnya,

lama saya tenung nama blogger sorang nih,

nama blog dia expect the unexpected...

memang kena la..

saya first time baca nama 3p4h (tree pee four hesh?)

Apa nama yang pelik nih...

Lama2 bila saya baca blog dia, banyak sangat nama epah, epah.

rupa2nya namanya ialah epah... kui3

3= E, 4= A. baru bley baca... Epah!

Inilah akibatnya kurang taa'ruf.

Kepada Epah, sahabat bloggerku.. namamu yang unik pasti membuatkan orang lain menjadi bingung sementara... haha.

Maaf ya sebab tak tanya 3p4h. Salam blogging.

Wednesday, January 7, 2009

CuTi CUti cUtI CuTI, HooRaY!

Alhamdulillah,
exam dah habis,
memang senang,
senang nak fail = (

Cuti pulak datang...
Macam- macam nak buat nih,
tapi yang paling penting kene Berfaedah.

Okay, meh nak buat list nih:

1. Mantapkan Juzuk 30 ngan stat hafal Juzuk 29.
2. Update blog hari2 (keh2).
3. Buat Silibus untuk tadarus batch block depan.
4. Kemas bilik sebelum balik rumah.
5. basuh baju sebelum balik rumah.
6. Basuh motor sebelum balik rumah.
7. Jalan- jalan kat Kuantan sebelum balik rumah.
8. Nak masak Mee Pasta kat rumah. (kalau tiba2 rajin)
9. Habiskan buku Maza Yakni ngan buku yang Syed Faris kasik pasal Khalifah.
10. Main game mass effect. (????? berfaedah ke????) -alasan nak mantapkan BI =).

banyaknya!
Harap2 sume2 bole berjalan..
Nih baru yang nak buat... yang kene buat tak kira lagi...
Oh2 nak balik, nak balik, nak balik!
mak, ayah.... Angah akan balik hari Jumaat nih.


Sunday, January 4, 2009

Surat berulit keRINDUan

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum,

Kehadapan keluargaku di rumah kat Batang Kali,

Dikala Angah menulis surat ini ketahulah kalian bahawa hujan diluar sana sedang bernyanyi lagu kejiwaan berdendangan dan membuai hatiku yang sedang merindui kalian disana. Kepada Ayah, Mak, Abang Ajim, Apit, Ina, Ibah, Ain dan Akmal montel kuharapkan Allah swt memelihara kalian dalam selamat dan kesejahteraan.

Esok(isnin) merupakan hari untuk Exam Final Blockku. Doakanlah agar Angah dimudahkan untuk menjawabnya. Rasanya terlalu berat untuk Angah lalui peperiksaan kali ini jika dibandingkan dengan peperiksaan yang lepas. Angah cuba membayang diri Angah berada dalam dewan peperiksaan pagi nanti dan apa yang Angah terbayang ialah soalan- soalan yang Angah takleh nak jawab. Banyak yang Angah baca tapi yang Angah ingat tak sampai 30%. Maknanya yang lagi 70% lalu macam air lalu jela. Tak rugi usaha membaca tu sebab dapat pahala kalau buat kerana Allah.

Hari ni Allah telah memberi ujian yang tak berapa besar kepada Angah jika dibandingkan dengan Orang Palestin yang sedang menderita di tanah air mereka. Perut Angah buat hal cam masuk angin daripada pagi semalam sampai saat entri nih ditulis. Ubat tak makan la tapi nasik dah banyak dah telan still xde efek lagi. Maybe Allah nak uji sabar mane hamba dia yang lemah nih. Ya Allah ampunilah dosa hambaMu ini.

Kalau tak silap skolah dah nak bukak dah isnin nih, kepada Anas(adik sedaraku). Abang Udin ucapkan tahniah atas keputusan PMR yang lulus tuh. Bagus la tu, lain kali usaha lagi sungguh2. Tak sia2 Abang Udin ajar ko Matematik separuh mati mase cuti hari tu. Rasa2nya kalau Abang Udin jawabkan ntuk Anas mesti dah dapat A, tapi nak wat cane kan? Anas yang kena jawab, so sori la... Hehe.. Rajin2 pasni!

Kepada Apit yang sedang rehat2 kat umah sebab baru habis SPM. Jangan melanguk je. Buatlah sesuatu yang berfaedah seperti membaca(aku tau ko payah nak buat), mengemas rumah, menghafal al- quran, mengupdate blog ko yg islamik tuh, berdakwah, bercucuk tanam, menguruskan badan, selain daripada menyetelkan lesen kereta ngan moto ko. Ingat jangan failed cam aku haritu, buat malu jek. Pasal SPM, aku merasakan keputusan ko agak cemerlang la... jgn riak pulak.

Kepada Ina,
Ina dah besar dah skarang, dah form 5. Umur dah 17 tahun, dah besar dah adik perempuan abang nih(menangis terharu). Mesti dah bulatkan? Ye la duduk rumah je.. mesti banyak makan haha.... gurau jek!
SPM akan menentukan hala tuju ina lepas nih. Buat la yang terbaik! tapi ingat SPM bukan segala2nya. Untuk jadi seorang manusia yang berjaya seseorang tu tak semestinya memerlukan keputusan SPM yang cemerlang. Tetapi apa yang penting, sebagai seorang muslim kita mesti pegang untuk buat setiap perkara dengan habis baik. Letakkan gantung harap kepada Allah. Sentiasa bersedia dengan keputusan yang mungkin Ina tak mahu tapi Ina dapat. Sebab semua yang datang daripada Allah pasti ada hikmah disebaliknya.

Kepada Ibah, Ain, Akmal, bukak skolah nih kurangkan tengok TV n main game okay?
Banyakkan membaca, mengaji dan tolong mak. Mal balik nih kte pegi surau same2 okay? Abang Udin ajar ngaji yek? Nanti salah abang rotan kalau pandai ngaji abang blanje... pilih la nak mane satu.. hehe.

Okay cukup jela stakat nih. Perasaan nih memang rindu sangat2. Rase cam nak peluk je mak ngan ayah kat sini tapi takde. Air mata je jadi kawan sementara. Tekanan nak exam buat Angah pikir macam2. Lagipun, lame dah tak balik. Nih baru kat Kuantan belum kat United Kingdom atau Australia atau Jordan atau Johor atau Kedah atau mana yang lagi jauh dari Kuantan. Kalau jauh lagi tak taula nak jadi apa.

Semoga Allah memberkati hidup kalian,

Salam Sayang daripada Angah/Abang Udin/GSM
Wallahuta'ala 'alam
Eh.. tak nangis pon?

Thursday, January 1, 2009

Diambang Anxietyku Memuncak

Ku di pertengahan,

Di mana affinity dan tendesi diriku

Tertumpu hanya pada satu punca

Rialitas ambivalensi menyentap attachment terhadap kegembiraan

Ku alami anxiety problamatika yang amat

Menekan carotid arteri no 6th ibarat

Liquefactive necrosis mula tercipta

Kakiku beku dimakan dry gangrene

Ketika sarapan pagiku diinfeksi oleh virus cholera

Betapa ku merasa immunity diriku ibarat mula deficient

Menyebabkan ku menjadi seorang Di George syndrome

Atau Selective IgA deficiency

Atau Severe Combined Immunodeficiency Disorder

Namun kudignosis diriku

Jangkanya bukan lama

Ini bukannya kronik sekadar acute cuma

Ku tak mahu Drive- reduction yang memaksaku untuk melakukan itu

Biarlah Cognitiveku yang menentukanya

Aku melakukan proses learning dengan Classical kerana traumaku

Membiarkan kau malaluinya dengan Operant kerana kesukaanmu

Siapalah aku insan thrombocytopenia

Dan juga ‘thrombosis vena dalam’ yang telah mengembolisma

Ke paru- paru

Namun rialitas ini ialah ilusi

Dan banyangan Mekanisma Pertahanan Diri yang tak matang

Nanti- nanti!!!

Rupa- rupanya semua ini terukir

Kerana minggu depan ialah exam final blockku

Biarlah ia menjadi neoplasia yang menyedut diri

Kuharapkan aku tidak akan terjatuh dalam perangkap

Yang dicipta oleh dia yang licik.

Sekian, nak sambung studi kay?

May Allah Bless all of Us and give us calm mind to answer all questions easily and happily.. =)

IgG ke IgM? huh..

Monday, December 29, 2008

Tabahkan jiwamu Palestina

Sahabat2,

Mari kita berdoa agar saudara2 kita disana mendapat pertolongan daripada Allah swt.
Mereka sedang berada dalam kesempitan yang amat.
Lebih 300 orang telah terbunuh dalam serangan udara tempoh hari.
Tentera Israel memang melampau.
Mereka(Zionis) sudah mula menggempur kawasan Gaza selepas tekanan dan sekatan keatas kawasan itu selama ini.
Hanya kerana pemerintah Gaza yakni Hamas tidak mahu tunduk atas kehendak mereka.
Saya berdiri di belakang kalian Hamas, menolak kalian ke hadapan dengan apa yang aku mampu berikan.
Mungkin hanya doa.
Namun doa itulah senjata mukmin.
Moga bantuan Allah mengiringi kalian.
Kukuhkanlah jiwa kalian dengan pengharapan kepada Allah.
Jangan kalian tewas dengan kekuatan pihak musuh, dalam jiwa mereka hanya kosong dan penuh dengan ketakutan.
Shahid pasti menjengah kalian, mati yang kalian idam2kan.
Mereka takutkan mati dan berselindung di balik Perisai2 besi buatan mereka.
Berjuanglah!

Palestin,
Moga kaukan kembali aman!






gambar daripada Palestinkini.com

Thursday, December 18, 2008

Mencari Nilai Keikhlasan

Memang sukar dan payah untuk menilai setiap perbuatan individu.

Apatah lagi untuk menilai apa yang dilakukan diri sendiri.

Kalau melihat orang lain melakukan sesuatu kebaikan, muncul bisikan- bisikan nakal... " bukan ikhlas tu, saje nak menunjuk- nunjuk".

Apakah maksud bisikan itu? Adakah menilai individu dari apa yang dirasakan kita betul?

Aku sendiri sentiasa berkira- kira untuk melakukan sesuatu kebaikan... tapi mereka berbuat baik lebih daripada apa yang dapat aku lakukan, dan tergamak bisikan nakal itu mengatakan... BUKANNYA IKHLAS TU...

Nah adakah ikhlas semudah itu untuk ditentukan.

Hanya hati pelaku saja yang mengetahui, hati ini juga terkadang tergelincir apabila mendengar pujian dan tepukan dari manusia. Maka, Allah jugalah yang layak menentukan.

Aku sering mencuba untuk menjiwai keikhlasan, tak tahulah juga jika niatku untuk menulis ini lari daripada keihklasan. Namun apa yang pasti, mencuba untuk memupuk hati menjadi ikhlas sangatlah penting. Sepenting tiang yang tertegak untuk menampung atap!

Masakan tidak sepenting itu, jika tujuan itu selain Allah, maka amalan itu hanya akan menjadi sia2.. tidak bermakna.. ibarat sampah.. kotor.. lagi mengundang bau busuk.. dan lalat.

Itulah yang ditakuti aku dalam melakukan sesuatu. Aku juga takut munculnya rasa riak, rasa bagusnya diri... siapa aku untuk merasa itu? Merasa seperti seorang yang lebih baik daripada apa yang telah diciptakanNYA. Ternyata aku tak layak untuk merasakan itu.

Walaupun terkadang hati ini bersuara mengharap sesuatu selain daripadaNYA, memasang niat selain daripada keredhaanNYA. Namun selagi nyawa masih di dalam badan, pintu taubat masih terbuka. Panjatkanlah doa dan rintihanmu kepadaNYA. Allah cintakan rintihan hambaNYA...
Beristiqamahlah dan jagalah hati, daripada maksiat jiwa. Perliharalah hatimu daripada itu.

Periksalah niat pada awal perbuatan, ketika perbuatan dan selepas perbuatan, berhati2lah dalam setiap urusan agar niatmu sentiasa terpelihara.

Aku mahu usahaku kerana Allah,
Aku tak mahu cinta manusia mencemarinya,
Aku mahu hidupku kerana Allah,
Aku takut matiku berakhir dengan sebaliknya,
Aku mahu pelajaranku kerana Allah,
Aku takut dicemari dengan indahnya harta dunia,
Aku mahu gembiraku kerana dekatnya dalam agama Allah,
Aku mahu sedihku apabila aku jauh dari agama Allah,
Aku mahu perbuatan ikhlas semata- mata kerana Allah...

Ikhlas itu sukar di cari
ibarat mencari
semut yang HITAM
diatas batu yang HITAM
di dalam malam yang HITAM

Ya Allah ikhlaskanlah hati hambaMu ini
aku sedar pentingnya
kerana setiap perbuatan bergantung kepada apa yang diniatkan (hadith 1 Matan Arba'in Imam Nawawi).

Berilah kekuatan kepada hambaMu ini Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Amin.