Showing posts with label poem. Show all posts
Showing posts with label poem. Show all posts

Sunday, January 18, 2009

Saudaraku Palestina

Aku termenung

Memikirkan bumi yang penuh dengan korban

Semalamku mendengar bumi itu bergegar dengan dentuman

Hari ini ku mendengar

Saudaraku kehilangan ayah dan ibunya

Abang dan kakak

Adiknya yang tercinta

Aku bertanya kepada diriku

Apakah aku ini saudara mereka?

Dikala mereka tertindas dan menderita

Aku di sini hanya kaku tidak berbuat apa- apa

Bodoh sungguh aku ketika mana

kusuarakan rasa marahku apabila saudaraku menolak kedamaian dengan Yahudi durjana!

Ketika itu aku tidak memahami bahawa

Merekalah orang yang paling keras permusuhannya terhadap kaum muslimin

Merekalah orang- orang Yahudi dan orang musyrikin

Sudah tertulis terang di dalam Kalam Allah, surah al- Mai’dah ayat 82…

Baruku sedari jalan pendamaian bukanlah jalan penyelesaian.

Saudaraku

Yahudi itu ternyata pengecut dan ketakutan

Mereka hanya berani ketika berada didalam benteng yang kukuh

Padahal anak- anakmu melontar batu- batu jalan pada jentera besi mereka

Mereka mengetahui anak- anakmu itu akan membesar menjadi Mujahid yang inginkan syahid

Lalu mereka bunuh anak- anak kecilmu itu

Bodohnya mereka jika mereka fikir itu akan melemahkan semangatmu

Saudaraku

Bumimu akan berterusan dihujani dengan darah

Darah shuhada yang mengalir berjuang atas agama Allah

Kerana kau disana di Baitulmaqdis dan di sekitarnya

Dikala kau ditekan oleh Yahudi durjana

Ternyata dunia memberikan perhatian kepadamu

Mereka memandangmu dengan sedih atas dasar kemanusiaan

Hati mana yang tidak tersentuh melihat

Mayat anak kecil yang hanya kepalanya kelihatan dan badannya terbenam ke tanah?

Namun,

Gila! Gila! Gila!

Apabila saudaramu yang seakidah mampu untuk mengikut telunjuk Yahudi Durjana

Untuk memerangimu

Ternyata hati mereka telah ditutup oleh Allah

Untuk bersikap belas kepada saudara seagama

Saudaraku

Doa ini ku tujukan buat kalian

Allahumansuril Ikhwanana fi filestin

Allahumansuril mujahidina fi filestin

Allahumansuril islamma wal muslimin wal mujahidina fi filistin wa fi kulli makan wa fi kulli zaman…

Allahhumma ai’zzalislamawalmuslimin fi kullimakan wa fi kulli zaman

Tetaplah kalian dijalan Allah

Doakanlah kami istiqomah dalam berjuang bersamamu

Siap ditulis pada16 Januari 2009 pukul 1.00am
Dideklamasikan pada 17 Januari pada Malam Memperingati Palestin
Daurah Usul 20 As- shahid Hasan Al- Banna

Thursday, January 1, 2009

Diambang Anxietyku Memuncak

Ku di pertengahan,

Di mana affinity dan tendesi diriku

Tertumpu hanya pada satu punca

Rialitas ambivalensi menyentap attachment terhadap kegembiraan

Ku alami anxiety problamatika yang amat

Menekan carotid arteri no 6th ibarat

Liquefactive necrosis mula tercipta

Kakiku beku dimakan dry gangrene

Ketika sarapan pagiku diinfeksi oleh virus cholera

Betapa ku merasa immunity diriku ibarat mula deficient

Menyebabkan ku menjadi seorang Di George syndrome

Atau Selective IgA deficiency

Atau Severe Combined Immunodeficiency Disorder

Namun kudignosis diriku

Jangkanya bukan lama

Ini bukannya kronik sekadar acute cuma

Ku tak mahu Drive- reduction yang memaksaku untuk melakukan itu

Biarlah Cognitiveku yang menentukanya

Aku melakukan proses learning dengan Classical kerana traumaku

Membiarkan kau malaluinya dengan Operant kerana kesukaanmu

Siapalah aku insan thrombocytopenia

Dan juga ‘thrombosis vena dalam’ yang telah mengembolisma

Ke paru- paru

Namun rialitas ini ialah ilusi

Dan banyangan Mekanisma Pertahanan Diri yang tak matang

Nanti- nanti!!!

Rupa- rupanya semua ini terukir

Kerana minggu depan ialah exam final blockku

Biarlah ia menjadi neoplasia yang menyedut diri

Kuharapkan aku tidak akan terjatuh dalam perangkap

Yang dicipta oleh dia yang licik.

Sekian, nak sambung studi kay?

May Allah Bless all of Us and give us calm mind to answer all questions easily and happily.. =)

IgG ke IgM? huh..

Sunday, December 21, 2008

Pantun untuk Orang Datang Bertandang

Tiang seri kayunya teguh,
Menahan atap serumah penuh,
Hangat ukhuwah terasa sungguh,
Tautan hati kerana Allah.

Tanam sawah di tengah bendang,
Sudah dituai langsung diikat,
Orang jauh datang bertandang,
membawa berkat membawa rahmat.

Pohon rendang pohon berakar,
Buat teduh tompang mengaji,
Datang bertandang walau sebentar,
Namun agama dijunjung abadi.

Thursday, December 18, 2008

Mencari Nilai Keikhlasan

Memang sukar dan payah untuk menilai setiap perbuatan individu.

Apatah lagi untuk menilai apa yang dilakukan diri sendiri.

Kalau melihat orang lain melakukan sesuatu kebaikan, muncul bisikan- bisikan nakal... " bukan ikhlas tu, saje nak menunjuk- nunjuk".

Apakah maksud bisikan itu? Adakah menilai individu dari apa yang dirasakan kita betul?

Aku sendiri sentiasa berkira- kira untuk melakukan sesuatu kebaikan... tapi mereka berbuat baik lebih daripada apa yang dapat aku lakukan, dan tergamak bisikan nakal itu mengatakan... BUKANNYA IKHLAS TU...

Nah adakah ikhlas semudah itu untuk ditentukan.

Hanya hati pelaku saja yang mengetahui, hati ini juga terkadang tergelincir apabila mendengar pujian dan tepukan dari manusia. Maka, Allah jugalah yang layak menentukan.

Aku sering mencuba untuk menjiwai keikhlasan, tak tahulah juga jika niatku untuk menulis ini lari daripada keihklasan. Namun apa yang pasti, mencuba untuk memupuk hati menjadi ikhlas sangatlah penting. Sepenting tiang yang tertegak untuk menampung atap!

Masakan tidak sepenting itu, jika tujuan itu selain Allah, maka amalan itu hanya akan menjadi sia2.. tidak bermakna.. ibarat sampah.. kotor.. lagi mengundang bau busuk.. dan lalat.

Itulah yang ditakuti aku dalam melakukan sesuatu. Aku juga takut munculnya rasa riak, rasa bagusnya diri... siapa aku untuk merasa itu? Merasa seperti seorang yang lebih baik daripada apa yang telah diciptakanNYA. Ternyata aku tak layak untuk merasakan itu.

Walaupun terkadang hati ini bersuara mengharap sesuatu selain daripadaNYA, memasang niat selain daripada keredhaanNYA. Namun selagi nyawa masih di dalam badan, pintu taubat masih terbuka. Panjatkanlah doa dan rintihanmu kepadaNYA. Allah cintakan rintihan hambaNYA...
Beristiqamahlah dan jagalah hati, daripada maksiat jiwa. Perliharalah hatimu daripada itu.

Periksalah niat pada awal perbuatan, ketika perbuatan dan selepas perbuatan, berhati2lah dalam setiap urusan agar niatmu sentiasa terpelihara.

Aku mahu usahaku kerana Allah,
Aku tak mahu cinta manusia mencemarinya,
Aku mahu hidupku kerana Allah,
Aku takut matiku berakhir dengan sebaliknya,
Aku mahu pelajaranku kerana Allah,
Aku takut dicemari dengan indahnya harta dunia,
Aku mahu gembiraku kerana dekatnya dalam agama Allah,
Aku mahu sedihku apabila aku jauh dari agama Allah,
Aku mahu perbuatan ikhlas semata- mata kerana Allah...

Ikhlas itu sukar di cari
ibarat mencari
semut yang HITAM
diatas batu yang HITAM
di dalam malam yang HITAM

Ya Allah ikhlaskanlah hati hambaMu ini
aku sedar pentingnya
kerana setiap perbuatan bergantung kepada apa yang diniatkan (hadith 1 Matan Arba'in Imam Nawawi).

Berilah kekuatan kepada hambaMu ini Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Amin.

Thursday, December 4, 2008

Tunas Baru

Assalamua'laikum,
Aku orang baru,
Kenalilah aku,
Aku juga mahu kenali kamu,
Setiap manusia itu istimewa,
Dicipta Allah dengan sangat sempurna,
Aku dan kamu memang berbeza,
Tetapi kita punya sesuatu yang sama,
Kitalah hamba yang dicipta oleh Allah swt,
Marilah kenali diri kita,
Marilah kenali tugas kita,
Marilah kenali peranan kita,
Ingat- mengingati,
Nasihat- menasihati,
Hormat- menghormati,
Rasalah kehangatan cinta agama,
Ukhuwwah terbina atas dasar akidah,
Aku ini masih baru,
Berikanlah apa yangku minta,
iaitu nasihat dan pandangan bernas,
Moga kita semua mendapat manfaat,
terima kasih sahabat2