Wednesday, April 8, 2009

Manhaj Bola???


Kesian umat skarang ni, sedih bila fikir balik apa yang berlaku. Lemahnya kita,
jahilnya kita, butanya kita. Apsal la saya cakap macam ni kan?

Pagi tadi bile saya tengok tv kat bilik tv kat CF brother. Kebetulan tengah berita pasal sukan; bola sepak. Perlawanan antara Negeri Sembilan dengan Kelantan yang berlangsung kat Stadium kat Kelantan. Di takdirkan Allah, paukan Kelantan kalah…

Penonton yang hadir ke stadium mula naik minyak seperti dirasuk syaitan(memang syaitan yang menghasut mereka untuk marah ditambah dengan dorongan nafsu). Mereka mula melakukan kemusnahan di sekitar stadium. Sebuah jip pasukan keselamatanpun ‘tak selamat’, kerana telah dibakar oleh penyokong2 negeri Kelantan yang sedang naik minyak itu. Selain itu ada juga beberapa kenderaan lain yang turut dimusnahkan.

Puncanya?

Kerana ketidakpuashatian pada keputusan perlawanan bola sepak itu. Kelantan kalah kepada negeri Sembilan 0-1.

Lihatlah betapa mudahnya kita ditipu oleh syaitan. Kita tidak marah seperti itu apabila orang awam di palestin dibunuh. Kita tidak marah seperti itu apabila Tanah Islam Iraq dan Afganistan di jajah Amerika, kita tidak marah seperti itu apabila adanya maksiat berlaku di sekeliling kita.
Tapi kita marah seperti itu apabila kita tewas dalam perlawanan bola sepak??? Apakah tujuan kita bersukan? Bukankah seharusnya sukan itu boleh menyumbang kepada kekuatan jasmani dan mengeratkan tali persaudaraan antara manusia dengan izin Allah. Jika kerana ketidakpuashatian terhadap keputusan mampu mencetuskan perbalahan, maka apakah ertinya kita bersukan? Untuk menang? Untuk kemasyuran? Untuk nafsu?

Seharusnya kita fikirkan kembali tujuan kita bersukan. Jika kita bersukan kerana Allah, kerana Allah sukakan mukmin yang kuat berbanding yang lemah maka seharusnya kita tidak selemah ini untuk tewas dengan pujuk rayu nafsu apabila kita dikalahkan dalam sesebuah perlawanan. Taksub dengan sesebuah pasukan dicampur dengan maki hamun dan ejekan menambah lagi rasa benci antara manusia. Patutkah kebencian itu dizahirkan dengan memusnahkan harta awam yang tidak bersalah? Juga harta orang lain yang tak bersalah? Mana nilai diri kita sebagai seorang muslim? Maka betullah kata ‘mereka’ yang kita ini ‘terrorist’? Merusuh kerana marah akan keputusan perlawanan itu satu nilai yang baik... Nilai yang ada dalam islam? Malulah kita yang membawa identity islam, negeri Kelantan itu majoritnya orang islam bukan? Imej inikah yang mahu kita gambarkan kepada orang yang bukan islam? Imej inikah yang ingin kita guna untuk mendakwah mereka menerima islam?

Gara- gara mengikut manhaj bola dan meninggalkan ajaran islam, inilah salah satu bahana yang telah menimpa kita. Ku pohon Allah agar menjauhi diriku dari kemarahan kepada perkara yang tidak sepatutnya. Maaflah atas luahan kekecewaan ini sekiranya ia keterlaluan buat kalian.

Wallahuta’ala ‘alam.

2 comments:

rafizzi said...

assalamualaikum..

thanks atas peringatan... mmg kita manusia, kena slalu diperingatkan.. mudah alpa, lalai, n sgt lemah..

alhamdulillah, bermanfaat blog ni.. teruskan berkarya ye....

k, salam dr bumi perancis... =)

Aizuddin said...

fronsey?
welcome2
bon a- peti... hehe