Sunday, April 19, 2009

Sandwich Dakwah siri 2

Aku mundur sedikit ke belakang, ku jauhkan sedikit hidungku dari bau pisang goreng yang harum dan sedang mengujiku itu.

“Takpa- takpa, aku tak rasa nak makan lagi,” aku mula bersuara. “Ho... toksey pulok mu.. dakpe ar, aku makang sorang la gini, sedak nih,” balas saif sambil tangannya menyuap seketul lagi pisang ke dalam mulutnya.

“ Kau puasa ke Uwais… uwais… Uwais al- Qarni kau puasa ke?”, Tanya Khaleed yang mahukan kepastian. Aku yang sedang berfikir ketika itu tidak menjawab pertanyaannya.

Setelah tiga kali diulangi namaku baru aku menjawab, “Ya Khaleed Hamdi, sesungguhnya aku sedang berpuasa”. “ Kamu berpuasa hari ini, kenapa tidak diajak aku semalam?”, respon Khaleed yang sungguh tidakku sangka. Wajahnya jelas kelihatan kecewa seperti seorang ibu yang kehilangan anaknya.

“Ala… relek la Khaleed, mu ni sedih nape pulok? Bukang dose pong dok pause hari senin, pause sunak jek,” Saif juga perasan akan raut wajah Khaleed yang tiba- tiba suram itu.

“Kau diam la.. Kau tak tahu apa yang aku tahu,”

“Mende ape yang mu tahu tapi aku dok tahu? Bagi tahu la ke aku jugok,”

“Kau tahu tak yang Rasulullah saw suka berpuasa Isnin dan Khamis di mana Rasulallah suka suka amalannya diangkat ketika dia sedang berpuasa”, terang Khaleed ringkas.

“Yelo.. aku ade dengo jugok gitu.. doh tu wakpe mu sedey?” Saif mahu mencari kepastian.

“Kalau Rasulallah saw suka amalannya diangkat dalam keadaan berpuasa, aku juga suka amalanku diangkat dalam keadaan berpuasa Saif,”. Barulah aku faham akan kesugulan wajah sahabatku ini. Dia mencintai ibadah puasa itu kerana dia mahu mengikut akan apa yang Rasulallah saw lakukan. Di setiap tindakan Rasulallah itu pasti ada kejayaan di sebaliknya.

“ Jangan sedih sampai begitu Khaleed, kau masih boleh mendapat pahala puasa seperti aku, walaupun kau tidak berpuasa,” Aku cuba menenangkan Khaleed.

“Bagaimana pula boleh jadi seperti itu, cuma dengan niat? Mana sama Uwais“, Khaleed mula tertanya- tanya.

”Kau tahukan khaleed akan hadith ini?” soalku kepada Khaleed.
“ Hadith yang mana?” Khaleed jelas sekali buta terhadap soalanku sebentar tadi.
Aku tersenyum melihat wajah Khaleed yang begitu sekali mahu mengetahui secebis hadith yang tidak dia ketahui. Ternyata dia memang seorang pencinta ‘ilmu. Kerut di dahinya jelas sekali menunjukkan minatnya terhadap apa yang bakal aku perkatakan. Begini pemuda- pemuda yang mengelilingi Rasulallah ketika baginda masih hidup, mereka sering tertanya- tanya amalan apakah yang akan membawa mereka kepada kejayaan dunia dan akhirat. Jawapannya telah diberi satu per satu kepada mereka, dan jawapan- jawapan itu sampai kepada kita dalam bentuk hadith yang telah dipelihara akan keaslian dan ketulenannya.

“Rasulallah saw bersabda, sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut. Hadith riwayat tirmizi” beritahuku kepada Khaleed.

Aku tersenyum panjang, mulutku melebar ke tepi sambil mata kukecilkan mengarah tepat ke wajah Khaleed. Dia diam, berfikir mungkin.

“Ohooo.. Uwais suroh mu belanje ye la tu..” Saif berseloroh, tangannya menepuk- nepuk bahu Khaleed yang masih diam membisu.

“Kalau macam tu aku belanje ko bukak pause hari ni..” Khaleed mula respon. Dia juga tersenyum simpul.

“Ha.. kalau gitu mu belanje la aku skali, aku nok ABC, Nasik goren kapun, roti cana se, dadih dengang air laici skali” Saif pantas menyampuk dengan loghat terengganunya yang pekat.

“Ada- ada je kau ni Saif, lebih sudu dari kuah” Aku tergelak kecil dengan seloroh si Saif.

“ Eh, diam- diam, tengok- tengok sape mari tu..” Saif menjuih mulutnya kearah belakangku. Siapa pula yang menarik perhatian si Saif ini.

bersambung...

senyum lagi..

No comments: