Semalam saye memang buntu xtau nak buat apa lepas waktu asar. Paginya dah sibuk makan lauk kat umah mase lepas semayang raya + tolong orang kampung sembelih ngan potong daging lembu( sori xde gamba, kamera xbli lagi) + kenduri aqiqah kat surau lepas zuhur. Hasilnya lepas asar bosan taktau kemana campur kenyang melampau..
tapikan...
Nasib Baik
Lepas ngaji ngan ngulang sket petang tu, adik saya yang namenye Are-fiq ajak pegi 'gash' kat kampung. Gash tu bahasa parsi yang membawa maksud pusing2, atau lebih tepat lagi ialah ziarah manusia atas maksud agama Allah swt. Dah lama tak pergi gash maka sayapun menyambar peluang keemasan ini.
Sayapun pergi kumpul kat surau, lepas meeting ringkas, jemaah pun gerak dalam 4 orang (saye, Angah, Abang Shukrie ngan anaknye yang masih kecik) menuju ke jalan yang telah di putuskan. Dapat la jumpa dengan 2 orang dalam banyak2 rumah.
Ini antara kata2 mutakallim(orang2 yang berkata2) yang menusuk jiwa:
"Kita muslim bersaudara,
dalam hati abang ada kalimah Lailahaillallah,
begitu juga saya,
seseorang yang mati dengan iman walau sebesar zarah,
Allah swt akan jamin syurga 10 kali besar dunia,
Tapi untuk masukkan hati dengan kalimah Lailahaillallah,
kita mesti mau selalu sebut tentang kebesaran Allah,
sama seperti lori yang penuh dengan buah tembikai,
apabila terbalik maka tembikailah yang akan terkeluar,
seperti manusia,
apabila kalimah dan kebesaran Allah yang mengisi hati maka
nama Allah yang akan terkeluar di akhir kalam nanti.. InsyaAllah"
Majlis Fikir Iman dan Amal
Ini je part yang ade kaitan ngan tajuk kat atas tu.. hehe
Ini dia 4 ujian2 yang dilalui oleh sebahagian sahabat2 yang dimana mereka ditarbiyah untuk taat dan iman mereka dibina sehingga yakin mereka kepada Allah melebihi segala2nya di dunia ini.
- Ujian bentuk fizikal, masa awal2 islam baru nak berkembang lihatla macam mana bilal disiksa dengan batu dihempap di atas badannya di tengah2 padang pasir. Kemudian, mak ayah Amar b. Yasir yang disiksa dan dibunuh dan banyak lagi perlakuan orang kafir quraiys yang menyeksa para sahabat.
- Ujian bentuk mental, atau aqal, ingat x peristiwa israq mi'raj? Ada diantara orang islam yang murtad sebab tak dapat nak terima cerita Rasulullah saw ditambah pula dengan gangguan dari Abu Lahab. Maka, orang yang betul2 yakin dengan kenyataan Rasulullah saw saja yang mampu bertahan. Mana xnya, logik ka kalau seorang dapat naik ke langit dalam masa satu MALAM? Tapi mereka yakin, ini tidak mustahil untuk berlaku kepada Nabi Muhammad saw.
- Ujian tinggalkan harta dan segalanya... ini ujian masa hijrah ke Madinah. Mereka hijrah dengan tinggal semuanya di Mekah untuk pergi ke suatu tempat yang asing bagi mereka. cth, Abdul Rahman bin Auf yang kaya raya sanggup tinggalkan semuanya untuk hijrah ke sana... terharu betul T_T
- Ujian yang terakhir ialah mase perjanjian Hudaibiyah, orang Islam mase tu macam berat hati nak taat perintah Rasulullah saw untuk cukur kepala. Tapi, lepas Rasulullah saw bercukur, mereka semua taat dan ikut walaupun dengan berat hati kerana iman mereka pada Allah.
Inilah contoh yang kita cuba untuk ikut, ujian2 kesusahan ini memang sukar dan mungkin ada yang kecundang. Namun kita berdoa dan beristiqamahlah agar dipilih dikalangan orang yang mendapat rahmat dari Allah swt. Allah berfirman:
Sungguh, Kami akan menguji kamu dengan sesuatu daripada ketakutan, dan kelaparan, dan kekurangan harta, dan jiwa, dan buah-buahan; dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar (2:155)
No comments:
Post a Comment