Friday, December 12, 2008

Kain siri 2

Peringatan: Cerpen ini ditulis oleh seorang pelajar tingkatan 5 yang masih mentah setahun jagung. Sebarang kesalahan tatabahasa, fakta, tanda bacaan, ejaan, dalam penulisannya adalah amat dikesali.

Keadaan yang hiruk-pikuk dan meja yang tunggang- langgang menghiasi kelas tingkatan 2 Cekal. Suasana hingar-bingar tentu sekali mengumpan seseorang untuk menjengah dan meleteri si penghuni yang bersalah ini.

Tingkah mereka memang tidak patut diamalkan, namun inilah realiti yang pasti berulang setiap hari . Cuma satu dua orang saja yang tekun memandang syurga ilmu, bakinya hanyut dalam neraka keseronokan dan hiburan yang menjadi trend hidup masa kini .

Cakap saja rancangan yang mana satu di kaca televisyen, dari HBO ke Metrovision yang sudah lama bankrap , dari Autumn in My Heart ke Power Ranger Dino Thunder . Semuanya mengisi setiap hujah golongan ini .

Tidak cukup dengan itu, untuk lebih hangat lagi permainan vedio popular juga perlu diselitkan .Maka muncul nama Fareinheit ,F.E.A.R,Need For Speed Underground, Counter Strike, Halflife 2 dan tidak ketinggalan Harvest Moon .

Kelompok peminat karya dari matahari terbit juga perlu memainkan peranan .Mereka menyumbang empat puluh peratus dari kegamatan itu .Sebut saja anime dan Manga , dari huruf A hingga Z tentu mereka mampu menyebutnya . Misalnya , Akira ,Bleach, Chocolate , Death Note,Eye Shield 21,Fish dan banyak lagi .

“Semalam aku download anime Bleach episod latest, kalau nak tonton , datanglah ke rumah aku .Janganlah malu-malu” Salah seorang anggota kelompok itu bersuara . “Kalau saya datang sekali boleh?” , satu suara yang biasa kedengaran berkumandang segenap kelas . Malaikat lalu di kelas itu …..kerana yang sedang berdiri di belakang kelas ialah MISS RAHAYU !

Bersambung...

No comments: