Friday, December 5, 2008

Kenali Ungkapan Gerimis Salju Membara

Bukan Sengaja
Nama ini bukan sesaje sahaja dipilih untuk dijadikan sebagai Nama blog ini tau..
Mungkin dengarnya macam jiwang2 sket.. btul jugak kalau begitu..
Tetapi menilai tanpa mengetahui ibarat bawak moto tapi pejam mata.. hehe
Tiga rangkai kata yang ringkas yang berkait dengan diri kita sebagai manusia
Ramai juga yang bertanya kenapa -GSM- iaitu gerimis salju membara?
Maka inilah jawapannya:-

Gerimis
Menurut kamus dewan bahasa dan Pustaka online, gerimis ni ialah hujan rintik2.
Kalau kita samakan dengan diri kita sebagai manusia ni, x lama kita hidup kat dunia,
jom kita bandingkan umur kita dengan umur nabi Nuh yang berdakwah selam 950tahun..
Lagi sekajap kan?
Rasulullah saw pernah bersabda mafhumnya, "umur ummat aku antara 60- 70tahun.."
So kejap ke lama tu?
Same la macam gerimis, datang kejap je sebelum hujan atau terus reda macam hujan panas
Makna gap antara kematian dan kehidupan pendek sesangat... MAri BeriNgAT2



Salju
Kesejukan, kedinginan, keputihan.
Terasa seperti ingin menyentuhnya,
Selembut salju menggambarkan sesuatu yang sangat menenangkan.
Itu ibarat nikmat kurniaan Allah swt
Bayangkan satu daripada nikmat ini ditarik
Ibarat nikmat2 yang lain tiada berguna,
Kaki yang kita ada tiba2 terpaksa dipotong.. susahnya satu badan yang rasa..
Itulah ibarat salju yang menenang dan mengulit jiwa
Seperti insan diulit nikmat Yang Maha Esa



Membara
Merah, panas, terseksa, hypovolumic shock!!! hehe
Semangat, kehangatan yang teramat sangat,
Tapi boleh terpadam dengan genggaman tangan,
Itulah ujian Allah keatas manusia,
Ujian yang dihadapi dengan hati yang kental dan berserah pada Allah swt,
Akan dibalas dengan kepuasan yang tiada tandingan



Gerimis Salju Membara
Gabungkan rangkai kata ni :
Hidup manusia yang sementara yang penuh dengan nikmat dan ujian yang perlu
dihadapi dengan hati yang cekal dan berserah pada Allah swt.
Wallahutaa'la a'lam

1 comment:

tOmeY said...

salam..

subhanAllah.. bestnya tajuk blog!!

akak jumpa blog aizuddin(xtau apa nama yg bdk2 semashur panggil kat awak dulu) masa google nama batang kali memandangkan akak pun tinggalkan btg kali tp study kat jakarta..

huhu~~ sudi2 lah ziarah blog kami di jakarta~