Perbualan dengan Abdul Rashid
"Kau percaya jodoh Fahri?", itulah kata2 maria ketika satu babak di tepi Sungai Nil dalam filem Ayat2 Cinta. Persoalan yang mengundang seribu persoalan. Jodoh yang dipercayai itu sudah tentu suatu rahsia yang tidak diketahui.
Tak pernah terlintas dalam benakku untuk berbual dengan Abdul Rashid selepas waktu subuh pagi ini. Macam2 yang dikongsi lelaki Nigeria tu, pelbagai pandangan yang dilontarkannya. Salah satunya pasal jodoh.
Abdul Rashid ni punya ilmu yang sangat banyak (banding dengan saya yang malas membaca) . Selain menghafal hadith dia juga hafal al- Quran dan fasih berbahasa arab. Jadi pandangan2 yang dilontarkannya kebanyakannya bersumberkan al-quran dan As-sunnah. Sebagai seorang yang menjaga hati, Abdul Rashid tak pernah menjalin hubungan atau berjanji dengan mana2 wanita untuk bermain cinta. Menurutnya, jodohnya itu ada dengan seseorang insyaAllah namun siapa? Itulah yang menjadi persoalan. Dia serahkan segalanya kepada Allah. Mungkin wanita Nigeria, mungkin wanita Arab macam keluarga pak ciknya yang menetap di Saudi selepas mendirikan rumahtangga, atau mungkin wanita Melayu Terakhir keh3.. baik tau Abdul Rashid ni... rugi sape tolak..
Persoalan yang indah
Misteri inilah yang memberi sesuatu keindahan yang hanya terungkap apabila ia diketahui. Allah mengetahui segalanya tidak seperti kita yang hanya mampu merancang. Allah swt berfirman dalam Al-Quran,
"Sesungguhnya hanya di sisi Allah ilmu tentang hari kiamat; Dia yang menurunkan
hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tidak ada seorang pun yang dapat
mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakan besok. Dan tidak ada seorang pun
yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sungguh, Allah Maha Mengetahui,
Maha Mengenal." (Al-luqman 31:34).
Inilah 5 ilmu yang hanya diketahui oleh Allah swt yang tak mampu kita, sebagai manusia yang lemah kuasai. Kita tak mampu mengetahui apa yang akan berlaku besok. Apa yang akan berlaku besok semuanya tersimpan rapi dalam rahsia Allah. Kita tak tahu siapa yang akan ditemui, kita kenal, kita benci, kita sayang, kita marah pada keesokan hari.. dan kita tak tahu mungkin besok tak akan ada. Kita mampu mengagak dan merancang semuanya namun perlaksanaannya ialah milik Allah secara mutlak. Termasuklah persoalan jodoh... Mungkin dia akan menjadi orang yang istimewa untukku tetapi mungkin juga dia yang lain. Segalanya telah tertulis namun tidak diketahui oleh kita.
Inilah indahnya, sesuatu yang pasti tetapi kita tidak ketahui... namun panduannya telah diberi iaitu al- Quran dan As- sunnah. Siapa yang berpegang kepada keduanya maka tiada kesesatan bagi mereka dan insyaAllah balasan yang baik akan diterima. Marilah sama2 kita berdoa agar ditemuikan dengan jodoh yang menjadi penyejuk jiwa dan pembantu kita dalam agama Allah. InsyaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment