Peringatan: Cerpen ini ditulis oleh seorang pelajar tingkatan 5 yang masih mentah setahun jagung. Sebarang kesalahan tatabahasa, fakta, tanda bacaan, ejaan, dalam penulisannya adalah amat dikesali.
‘Kail panjang sejengkal jangan lautan nak diduga’, biasa aku dengar setiap hari bidalan ini. Tidak kira di corong radio, televisyen, kedai kopi sampaikan adik aku yang baru masuk tadikapun tahu tentang rangkaian kata ini. Kenapa? Soalan yang aku jangka terpacul dari mulut kalian . Tepat tekaanku bukan? Kenapa ya? Mahu aku jawab dengan satu perkataan?
‘Muda’.Muda? Ya Muda! Apa maksud aku agaknya ,mahu kau tahu kehidupanku? Tentu sekali membosankan! Setiap hari, setiap pagi ,setiap saat , setiap detik,setiap tika dan setiap seputir pasir berlaga di dalam lautan 7petala dalamnya , aku tetap membosankan walau aku cuba untuk berubah. Ini luahan perasaan aku yang hidup terkurung dalam 2 identiti . Identiti yang pertama itu ,AKU I dan yang kedua ,AKU II .
Selamat berkenalan dengan diriku , jangan kau lupa namaku bukan AKU tapi sesuatu yang lain , yang berbeza sama sekali. Nama Samsudin ,tapi dalam IC ditulis SHAMSUDEAN BIN ABDUL SHAMSEE, semuanya huruf besar seperti dalam IC. Apa istimewanya nama ini, tak lebih dua puluh orang tahu nama sebenarku . Aku tahu kau percaya dengan kataku . Tapi jika orang lain membaca cerpen ini pasti lebih dari dua puluh orang tersenarai sebagai orang yang mengenaliku. Popular? Bukan itu yang aku kejar ….dengarlah rintihanku ini.
**********************
Dicelah deretan kedai lama yang dari rupanya tahulah kita bahawa usangnya lebih dari separuh abad , kelihatan seorang anak muda tercegat memegang beg besar ditangannya. Sekejap kemudian dia beralih dari kedudukan tadi , bercangkung pula . Keletihan mungkin . Dia memandang jam tangan berjenama ROTEX di pergelangan tangannya . Jam hadiah dari bapanya sempena keputusan cemerlang dalam peperikasaan tujuh tahun lepas .Jam itu sudah hilang sinarnya , tidak seperti dulu jika terkena cahaya mentari pasti silau mata yang mengerling atau menjeling. Satu hari ada dia bertanya kepada bapanya kenapa jam itu ejaannya bukan seperti yang terpampang di dada akhbar.
Kenapa ROTEX bukan ROLEX, Bah?
Si bapa memandang jam tangan itu lalu menggerakkan bibirnya perlahan, suaranya halus berhati-hati kemudian dia memegang pergelangan tangan anaknya yang kecil dan dipimpin mendekati matanya. “ Oh ,ini jam special edition pasal itulah ejaannya berbeza,” si ayah cuba menipu .
“Sem!” kamal yang tinggi lampai dan kulit hitam manis melaungkan nama Samsudin sekuat hatinya . Anak mata Samsudin mengecil ,fokus ke arah Kamal ,tajam seperti pedang . Walaupun kabur masih boleh dilihat oleh Samsudin si Kamal yang iras- iras pelakon hindi seperti dalam filem Padayappa . “Gila agaknya mamat India sorang ni” getus hati Samsudin yang cuba memandang ke arah lain untuk tidak menumpang malu si Kamal . Kamal memang anak kacuk , bapanya orang melayu tapi ibunya India muslim , yang peliknya Kamal seorang sahaja yang mengikut iras ibunya,sedangkan abang dan kakaknya yang lain terserlah wajah rupa orang nusantara . tapi lain pulak Kamal yang bongsu itu. Anak bongsu memang manja dan gila-gila . Nasib baik Kamal berkawan dengan Samsudin yang baik lagi berwibawa, kalau tidak tentu lain jadinya si Kamal ini .
Setiap langkah yang diambil Kamal untuk sampai ke Samsudin diatur melawan arus jalan , bukan takut diragut tetapi takut ditabrak dari belakang. “Hei Sem kau sembunyi apa dari aku ? Nak main nyorok-nyorok baik masuk tadika balik,” Kamal sedar akan tingkah laku pelik Samsudin yang bersembunyi di belakang tiang besar kedai Kasut Goh Siang .
Hari ini mereka mahu ke sekolah bersama selepas berjanji semalam . Janjinya pukul tujuh tapi muncul si Kamal ini tujuh lima belas . Apalagi kedua-duanya jadi seperti pelumba lari ,Nazmizan yang memecut pantas mengerah semua keringat memaksa otot mengecut dan mengendur bagi membolehkan tindakan antagonis berlaku. Maka terhasil pergerakan yang pantas bagi mengelak dari dihukum Cikgu Rahayu Abdullah . Walaupun seorang wanita tapi dia bagaikan singa jantan yang mengaum gagah . Mungkin itu alasan cikgu ini masih bergelar ‘cik’ walaupun umurnya sudah mencecah tiga puluh lima tahun . Cik adik oi , Norzi Pak Wan Chikpun kahwin umur 30 tahun fasal apa pulak awak tak kahwin-kahwin lagi? Jodoh tak sampai agaknya , wanita ini walaupun garang tapi ada juga lembutnya , dimana ? Hati mungkin.
Lima puluh meter lagi untuk sampai ke pintu pagar sekolah , Samsudin dan Kamal gagah melangkah sekuat mungkin walaupun uniform sudah dibasahi peluh masam orang jantan . “Kita selamat”, Kata Samsudin tercungap-cungap sambil kakinya melangkau luas ke hadapan . Kamal memandang Samsudin dan mengangguk .Sejurus mengalih pandangan ke depan , Kamal sudah tidak selera untuk berlari .Begitu juga Samsudin yang sudah mematikan langkah dan mula menyesal tindakannya menunggu Kamal tadi .
Dia memandang Kamal yang terlopong memandang tiga puluh meter ke hadapan lalu mencebik . “ Ini semua kau punya pasal!” Samsudin menuduh Kamal dengan nada berbisik . “ Ha…a.a.a.”belum sempat Samsudin menyambung rungutan, Kamal menariknya ke tepi mendekati parit besar di hadapan sekolahnya .
Parit itu memang busuk tapi busuk lagi hati Cikgu Rahayu getus hati Samsudin .Waktu baru pukul tujuh dua puluh lapan , masih ada dua minit untuk dia menjejakkan kaki di sekolah tapi kenapa pintu pagar ditutup ? “Jam aku rosak atau jam cikgu yang salah set ?” Soal Samsudin dalam hati .Dalam pemikiran Samsudin jamnya tak mungkin salah kerana diset mengikut jam azan di TV1 sewaktu bulan puasa tahun lalu .
Kamal dan Samsudin sudah tahu apa yang tepat dan cepat yang perlu dilakukan kini . Perlahan mereka berjalan di atas titi usang merentas parit besar di hadapan sekolah dan berjalan menuju ‘pintu belakang’ sekolah mereka. Belukar yang tumbuh di kawasan itu membolehkan kelibat mereka tidak kelihatan kenderaan yang lalu lalang. Tembok batu yang memagari kawasan sekolah membenarkan kegiatan mereka tersembunyi dari orang yang di dalam sekolah termasuk cikgu Rahayu atau lebih tepat Miss Rahayu.
Bersambung...
4 comments:
hmm... tgh baca3, tiba2 bersambung. haha.
takpe2, nnti sambung saya baca eh.
btw, saya link abg mat din ye.
okay,
thanks
panjangnyeee.... aku da malas nak bace =(
weh din, awat panjang bebenor? Kak dayah penat nak baca..
kalau ko baca novel kak dayah, baru kak dayah baca blog ko!!!
Post a Comment