Moga kalian berada di bawah lindungan Allah swt.
Dalam entry kali ini, suka saya untuk berkongsi secebis pengetahuan yang saya perolehi dari perbincangan dengan rakan-rakan saya berkaitan surah Al- ‘Asr.
Pertamanya, molek untuk saya jelaskan bahawa apa yang saya katakan ini bukan berdasarkan pahaman BUTA kami terhadap ayat- ayat al- quran tetapi ia berdasarkan penjelasan2 yang telah kami rujuk kepada kitab-kitab tafsir terkemuka seperti tafsir ibnu kathir dan juga berdasarkan penjelasan ustaz- ustaz yang boleh dipercayai.
Okay.
Dalam al- quran surah ini ialah surah yang ke- 103 daripada 114 surah al-quran.
Saya bukannya nak buat perbincangan ilmiah dalam entry kali ni tetapi saya nak kita sama2 tengok point yang paling penting dalam surah ni.
Selalu Dibaca Masa Penutup Majlis
Kalau kita perasan,
Selalu lepas tasbih kifarah kita akan baca surah al- Asr,
Eh, tak cukup je kite bace tau tanpa tahu apa makna di sebaliknya.
Yang cantik kita faham baru kita tahu apa tugas sebenar kita.
So, inilah tujuan entry ringkas dan simple nih.
Surah ini, Menyampaikan dan Kesabaran
Kalau kita tengok dari segi susunan ayat surah al- ‘Asr,
Memang cantik sangat Allah susun. Meh kita baca sama2… 1..2..3..
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
وَالْعَصْر(1)إِنَّ الإِنسَـنَ لَفِى خُسْرٍ(2
إِلاَّ الَّذِينَ ءامَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّـلِحَـتِ وَتَوَاصَوْاْ بِالْحَقّ وَتَوَاصَوْاْ بِالصَّبْرِ(3
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani.
1. Demi Masa!
2. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
3. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Mari saya terangkan,
Semua manusia yang hidup kat dunia ni, ramai-ramai ni semuanya RUGI,
KECUALI orang-orang yang BERIMAN,
Tidak cukup dengan BERIMAN sahaja tetapi AMAL pula dengan apa yang telah tertulis dalam al-Quran dan As-sunnah.
Dan, tak cukup dengan BERAMAL sahaja dengan diri sendiri kena juga disampaikan pada orang lain. Apa yang nak disampaikan kepada orang lain?
Yang nak disampaikan ialah KEBENARAN.
Dan KEBENARAN yang nak disampaikan itu pasti akan diuji oleh ALLAH akan kesabaran penyampaianya. Maka, KEBENARAN itu mestilah disampaikan dengan KESABARAN.
Inilah pentingnya sabar dalam BERDAKWAH. Jalan dakwah bukanlah jalan yang dihiasi dengan permaidani merah dan sanjungan, bukanlah jalan yang dipenuhi dengan kekayaan dan perhatian. Tetapi ia adalah jalan yang penuh dengan ujian dan dugaan. Maka hanya orang yang bersabar dengannya akan dipilih Allah untuk bersamaNYA dalam membangunkan agamaNYA.
Nak contoh?
Kita singkap sejarah Rasulullah saw, berdakwah ke thaif. Apa yang baginda dapat ialah lontaran batu daripada penduduk di sana sehingga Malaikat jibril as menawarkan untuk menghempap bukit ke atas penduduk thaif. Rasulullah saw bersabar dan menyatakan bahawa jika bukan bapak- bapak mereka yang beriman maka mungkin anak- anak mereka yang akan beriman dengan agama Allah swt. Alhamdulillah… itulah yang terjadi. Inilah yang mahu kita contohi.
Sahabat- sahabat,
Marilah kita berdoa agar ALLAH memilih kita, dan memberikan kita kekuatan dan kesabaran dalam menyampaikan kebenaran ke seluruh alam.
Wallahutaa’la a’lam.
P/S: Meh kongsi pendapat sama-sama. Jangan malu-malu. Saya mungkin tak dapat menulis panjang kerana agak sibuk kebelakangan ini. Maka, pendapat sahabat2 akan meluaskan lagi pemahaman kita bersama. Anggaplah perkongsian ini sebagai salah satu cara untuk memantapkan lagi kefahaman kita tentang agama islam. Jazakllah khaira.
1 comment:
Alhamdulillah... Pnjelasan tampak bkhemat dan berilmu. Teruskan mengorak langkah dlm pmahaman ilmu, insyallah.
p/s: Pembetulan, bkn tasbih kifarah tp tasbih kafarah. Semak semula.
Post a Comment