Friday, December 26, 2008

Kain siri 6

“Hahaha, sekarang kau tengok Sem, berkat kepakaran aku dan sokongan moral daripada kau, kita dah ada dalam sekolah,” Kamal berbangga dengan pencapaiannya setakat ini.

Samsudin tersenyum tanda bersetuju seratus peratus.

“Tapi Kamal… kelas kita jauh lagi, dekat kantin depan nun. Stor sukan, bilik kaunseling, bilik pengawas, bilik guru, dekat tiga puluh kelas barulah jumpa kantin dan kelas kita,” Samsudin kembali ragu- ragu.

Sekolah ini bagaikan penjara dalam kotak fikiran budak berdua itu.

Stor sukan merupakan pusat melepak atau “port bayek” untuk mat- mat rokok melepak dan melepaskan gian. Walaupun perkara ini disedari oleh guru Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Badar. Perkara ini masih tidak dapat diatasi kerana pemantauan yang terhad.

Kebarangkalian untuk pengawas, Cikgu Badar, dan Miss Rahayu untuk meronda kawasan tersebut pada waktu pagi adalah amat tinggi iaitu lebih kurang tiga pertujuh.

Kepala Kamal dan Samsudin hampir berasap memikirkan perkara itu. Mereka sedaya upaya cuba untuk mengelak daripada dihukum di khalayak ramai sekaligus menjejaskan rekod baik mereka di sekolah itu.

Mereka perlahan mendekatkan diri ke stor sukan dengan terbongkok- bongkok di sebalik pohon- pohon hiasan. Semakin dekat ke bangunan itu semakin pekat bau rokok dapat dihidu mereka. Tanpa perlu diteka lagi sudah tentu terdapat beberapa orang mamat yang sedang bertransformasi menjadi naga di dalam stor itu.

Tiba- tiba satu suara berteriak kedengaran dari dalam stor, “ Kau jangan nak menyibuk!”. “Kenapa kau marah aku pulak?” satu suara lain yang agak tenang menyoal.

“ Arghh…banyak tanya pulak kau, amik ni!”kedengaran bunyi tumbukan memecah ketegangan antara mereka. “Woi, woi, panggil member cepat gaduh besar ni,” satu suara nyaring memberi arahan.

Kamal dan Samsudin yang masih berada di belakang stor sukan memerhati situasi tadi melalui celahan jaring bangunan itu. Mereka memanjat meja untuk menjengah ke dalam stor sukan. Dari pandangan mereka perkara ini akan menjadi lebih parah dan bakal membawa padah kepada mereka sendiri.

“ Sem, kau tengok tu,” Kamal memuncungkan mulutnya kearah segerombolan pelajar lelaki yang berlari menuju stor sukan. Di belakang mereka masih ramai lagi yang menyusul.

Sudah tentu ini pergaduhan antara kumpulan samseng kampung yang bermusuhan selama ini. Ini bukan lagi luka tetapi barah yang bakal memanggil polis untuk mengisi ruang kosong pendamai.

“Mal, baik kita cabut sekarang kalau tak kita sangkut sekali mampus,” Samsudin sudah dapat meramal keadaan.

“Jom,’ Kamal menjawab ringkas dan melompat menuruni meja lalu diikuti Samsudin. Mereka bergerak sepantas angin ke depan stor untuk menjauhi bangunan itu.

Malangnya, tiba- tiba baju samsudin ditarik ke belakang, “Erkk… Mal help me..”.

bersambung...
Mahu saja kuputar waktu untuk ketemu kalian kembali...

gambar sebelum Dinner batch 0105 SEMASHUR
(belakang kanan- Daus(Air), Sarep, Mizi, Aijud, Fahmi, Afnan, Zarul, Paan.
depan kanan- Ebet, Ifwan dan diriku ketika bujang..hehe)

4 comments:

Anonymous said...

tuan, ada pembetulan ..keberkatan hanya datang dari Allah, bukan dari kepakaran atau manusia...kat dialog mula2 tu

Anonymous said...

brother..
sy nak tau sgt ape sambunganya...

Aizuddin said...

btul kata si anonymous 1.
tetapi dalam cerpen ini
penulis cuba menonjolkan sikap manusia yang selalu lupa diri apabila diberikan kelebihan. Ini ialah realiti yang berlaku dalam perbualan seharian. Harap maklum =)

Aizuddin said...

Anonymous 2:
Sabar dlu ye.
xbest kalau aiskrim kita makan cepat2.
kte makan sket2.
baru namanya menghargai.
Stay tune..