Mari Membayang
Sahabat2 mari kita bayangkan...
Esok, dalam perjalanan kita menuju ke masjid sesuatu yang tidak disangka berlaku..
lagi 20 langkah kita nak masuk gate masjid terpampang besar2 tulisan:
"DIHARAMKAN ANDA UNTUK MASUK KE DALAM"
Di sekitar masjid pula berdiri beberapa orang askar bersenjata lengkap mengawal.
Sahabat2 tengok ada beberapa orang lelaki separuh umur yang sedang dipukul di tepi pintu.
Mereka berpakaian lengkap seperti orang yang hendak bersolat.
Sahabat2 apa yang sahabat rasa pada ketika itu?
Adakah sedih?
Adakah terkejut?
Adakah Marah? atau
Adakah Seronok???
Mari Merenung
Sahabat2,
Sudah tentu hati2 sahabat terguris dan mungkin ada yang meluap- luap marah di atas tindakan tersebut. Sudah tentu akan ada di antara kita yang sanggup menggadai nyawa semata- mata untuk bersolat di dalam kawasan masjid secara berjemaah. Situasi ini dapat kita lihat di bumi Palestin. Pada hari jumaat, pemuda- pemuda di sana seawal pagi lagi akan berpusing mengelilingi masjidil aqsa untuk mencari lubang- lubang dan tembok- tembok kosong yang mampu mereka tembusi semata- mata untuk menunaikan solat jumaat di dalam kawasan haram as-sharif yang hanya dibenarkan orang2 tua untuk memasukinya oleh tentera Israel. Ada di antara mereka yang kecundang dalam cubaan mereka untuk menunaikan kewajipan itu. Sampai begitu sekali kesungguhan mereka untuk bersolat jemaah.
Mari membanding
Terlalu beruntung kita jika dibandingkan dengan mereka. Kebebasan yang kita miliki ini tak seharusnya kita sia2kan. Masjid yang dibina kebanyakannya kosong tanpa penghuni. Ini merupakan petunjuk pertama tewasnya ummat islam dalam memikul tanggungjawab berat menyebarkan agama Allah. Teringat sepotong hadith yang dikongsi oleh Abdul Rashid tempoh hari, Rasulullah saw bersabda mafhumnya, “ Andai kamu tahu apa yang aku tahu pasti kamu akan datang ke rumah Allah walau dengan keadaan merangkak sekalipun..”.
Sahabat2,
Apa lagi alasan yang mampu kita berikan untuk kita mengecualikan diri dari pergi bersolat jemaah di masjid. Terlalu banyak fadilat yang telah dinyatakan dalam hadith2 berkaitan solat jemaah. Jika orang butapun Rasulullah sarankan untuk bersolat di masjid kerana mendengar azan inikan pula kita yang cukup segala panca indera dan anggota tubuh. Takkanlah sampai nikmat kebebasan ini ditarik Allah swt baru kita nak sedar akan kepentingannya. Ibarat kaki yang dipotong, hilangnya pasti terasa. Marilah kita renung2kan dan mulakanlah perubahan dan teruskan peningkatan. Selamat Beramal =)
No comments:
Post a Comment