Monday, December 29, 2008

Kain siri 7

“I have a very important thing to tell you sir,”Miss Rahayu mula berbicara.

“Speaking bahasa please,” minta Pengetua Ibrahim. Bukan beliau tidak faham tetapi dia cuba sedaya upaya untuk berbahasa melayu dengan baik. Setiap staf yang ingin bercakap dengannya mesti berbahasa melayu, aneh bukan?

“ Ada pelajar ponteng kelas yang perlu dihukum tetapi saya perlu bantuan cikgu,” Miss Rahayu mengatur bicara.

“Awak sure those kids buat salah yang berat, mana mereka? Biar I punish diorang,” ujar Pengetua Ibrahim.

“Belum cikgu, tapi saya ada cara untuk tangkap budak- budak ni, sebab itulah saya berjumpa cikgu,” terang Miss Rahayu.

“Oh, what a surprise awak dah siapkan plan untuk catch those kids,” Pengetua Ibrahim nampaknya kagum dengan penyataan Miss Rahayu. Dia menyambung lagi, “ Let’s go, kita tak boleh waste time lagi”. Orang yang bersalah tidak akan terlepas daripada genggaman pihak berkuasa. Bak kata pepatah, ‘sepandai- pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua’”.

Miss Rahayu berjalan mendahului Pengetua Ibrahim ke pintu bilik guru yang terletak bersebelahan pejabat sekolah. Cuaca pagi itu bertukar mendung seperti sesuatu yang buruk bakal berlaku.

Tubuh Miss Rahayu kelihatan bersebelahan pintu masuk bilik guru yang berwarna hijau. Namun wajahnya seolah mencari seseorang dengan kepalanya dipaling kiri dan kanan. Rupanya Saleh yang dicari oleh Miss Rahayu. Dahinya berkerut memikirkan rancangannya yang mendekati kegagalan.

“Yes, Miss Rahayu awak cari siapa?” Pengetua Ibrahim sudah menyedari perubahan tingkah laku Miss Rahayu.

“ Err.. Cikgu kita ada masalah sikit la, spy saya dah hilangkan diri. Tak pasti ke mana,” wanita itu gagap untuk menjawab soalan pengetua.

“ No problem, kita boleh settlekan perkara ini dengan usaha kita sendiri bukan?” Nampaknya Pengetua Ibrahim menyuarakan pendapatnya yang positif.

“benar,” Miss Rahayu sudah dimotivasikan pengetuanya. Mereka mula berjalan
kembali untuk ke kelas Saleh yang juga kelas Kamal dan Samsudin. Namun begitu Miss Rahayu masih tertanya- tanya ke mana Saleh menghilangkan diri.

Dari jauh kelihatan seorang pengawas tergesa- gesa berlari mendekati pengetua dan Miss Rahayu. Mereka menjadi cemas dan mula berjalan pantas menuju ke satu arah yang sama. Pengetua Ibrahim mengeluarkan telefon bimbitnya dan membuat panggilan.

Bersambung...
Disini kita pernah bertemu,

Release tension kat Surau SEMASHUR.

Tabahkan jiwamu Palestina

Sahabat2,

Mari kita berdoa agar saudara2 kita disana mendapat pertolongan daripada Allah swt.
Mereka sedang berada dalam kesempitan yang amat.
Lebih 300 orang telah terbunuh dalam serangan udara tempoh hari.
Tentera Israel memang melampau.
Mereka(Zionis) sudah mula menggempur kawasan Gaza selepas tekanan dan sekatan keatas kawasan itu selama ini.
Hanya kerana pemerintah Gaza yakni Hamas tidak mahu tunduk atas kehendak mereka.
Saya berdiri di belakang kalian Hamas, menolak kalian ke hadapan dengan apa yang aku mampu berikan.
Mungkin hanya doa.
Namun doa itulah senjata mukmin.
Moga bantuan Allah mengiringi kalian.
Kukuhkanlah jiwa kalian dengan pengharapan kepada Allah.
Jangan kalian tewas dengan kekuatan pihak musuh, dalam jiwa mereka hanya kosong dan penuh dengan ketakutan.
Shahid pasti menjengah kalian, mati yang kalian idam2kan.
Mereka takutkan mati dan berselindung di balik Perisai2 besi buatan mereka.
Berjuanglah!

Palestin,
Moga kaukan kembali aman!






gambar daripada Palestinkini.com

Friday, December 26, 2008

Kain siri 6

“Hahaha, sekarang kau tengok Sem, berkat kepakaran aku dan sokongan moral daripada kau, kita dah ada dalam sekolah,” Kamal berbangga dengan pencapaiannya setakat ini.

Samsudin tersenyum tanda bersetuju seratus peratus.

“Tapi Kamal… kelas kita jauh lagi, dekat kantin depan nun. Stor sukan, bilik kaunseling, bilik pengawas, bilik guru, dekat tiga puluh kelas barulah jumpa kantin dan kelas kita,” Samsudin kembali ragu- ragu.

Sekolah ini bagaikan penjara dalam kotak fikiran budak berdua itu.

Stor sukan merupakan pusat melepak atau “port bayek” untuk mat- mat rokok melepak dan melepaskan gian. Walaupun perkara ini disedari oleh guru Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Badar. Perkara ini masih tidak dapat diatasi kerana pemantauan yang terhad.

Kebarangkalian untuk pengawas, Cikgu Badar, dan Miss Rahayu untuk meronda kawasan tersebut pada waktu pagi adalah amat tinggi iaitu lebih kurang tiga pertujuh.

Kepala Kamal dan Samsudin hampir berasap memikirkan perkara itu. Mereka sedaya upaya cuba untuk mengelak daripada dihukum di khalayak ramai sekaligus menjejaskan rekod baik mereka di sekolah itu.

Mereka perlahan mendekatkan diri ke stor sukan dengan terbongkok- bongkok di sebalik pohon- pohon hiasan. Semakin dekat ke bangunan itu semakin pekat bau rokok dapat dihidu mereka. Tanpa perlu diteka lagi sudah tentu terdapat beberapa orang mamat yang sedang bertransformasi menjadi naga di dalam stor itu.

Tiba- tiba satu suara berteriak kedengaran dari dalam stor, “ Kau jangan nak menyibuk!”. “Kenapa kau marah aku pulak?” satu suara lain yang agak tenang menyoal.

“ Arghh…banyak tanya pulak kau, amik ni!”kedengaran bunyi tumbukan memecah ketegangan antara mereka. “Woi, woi, panggil member cepat gaduh besar ni,” satu suara nyaring memberi arahan.

Kamal dan Samsudin yang masih berada di belakang stor sukan memerhati situasi tadi melalui celahan jaring bangunan itu. Mereka memanjat meja untuk menjengah ke dalam stor sukan. Dari pandangan mereka perkara ini akan menjadi lebih parah dan bakal membawa padah kepada mereka sendiri.

“ Sem, kau tengok tu,” Kamal memuncungkan mulutnya kearah segerombolan pelajar lelaki yang berlari menuju stor sukan. Di belakang mereka masih ramai lagi yang menyusul.

Sudah tentu ini pergaduhan antara kumpulan samseng kampung yang bermusuhan selama ini. Ini bukan lagi luka tetapi barah yang bakal memanggil polis untuk mengisi ruang kosong pendamai.

“Mal, baik kita cabut sekarang kalau tak kita sangkut sekali mampus,” Samsudin sudah dapat meramal keadaan.

“Jom,’ Kamal menjawab ringkas dan melompat menuruni meja lalu diikuti Samsudin. Mereka bergerak sepantas angin ke depan stor untuk menjauhi bangunan itu.

Malangnya, tiba- tiba baju samsudin ditarik ke belakang, “Erkk… Mal help me..”.

bersambung...
Mahu saja kuputar waktu untuk ketemu kalian kembali...

gambar sebelum Dinner batch 0105 SEMASHUR
(belakang kanan- Daus(Air), Sarep, Mizi, Aijud, Fahmi, Afnan, Zarul, Paan.
depan kanan- Ebet, Ifwan dan diriku ketika bujang..hehe)

Thursday, December 25, 2008

Biskut Pasta Bertaburan Oat.

Jam menunjukkan pukul 12.40pagi.

Shafiq Ahmad yang sedang mengulangkaji pelajaran tidak dapat menumpukan fokusnya untuk terus membaca.

Sesuatu yang tidak disenanginya telah datang mengganggu.
Perut berkeroncong rupanya.

Dia berjalan perlahan dari kerusi belajarnya menuju ke ruang hadapan biliknya. Mencari kalau- kalau ada lagi nasi goreng yang digorengnya petang tadi menggunakan periuk nasi 560watt kesayangannya. Periuk itu dibuka tudungnya.

Shafiq hampa… dah habis… Mesti Shahid (bukan nama sebenar) dah ‘settlekan’.

Ukhuwwah punye pasal Shafiq tak su’udzon, mungkin Shahid lapar tahap kritikal.

Shafiq melontarkan pandangan ke tepi periuk nasi. Alangkah ‘happy’nya shafiq.

“SESUATU YANG LAZAT BOLEH DIBUAT DARI BAHAN- BAHAN NI”, getus hati Shafiq.

Resipi

Apa yang ada ialah:-

1. Biskut sandwich.


2. Mayonis.


3. Sos pasta.


4. Sos cili.


5. Oat.


6. Lada hitam.


Shafiq punya seronok!! Dia mula buat RESEPI BISKUT PASTA BERTABURAN OAT.

1. First skali dia basuh tangan.
2. Pastu, dia sapu MAYONIS kat atas BISKUT.
3. Dah rata dia sapu, diapun sapu PASTA SOS pulak. Bau tomata masam memenuhi ruang.
4. Pastu dia taburkan OAT. Supaya tak terlalu tebal lapisan oat tu. Shafiq tepuk2 biskut tu ke tepi tin.
5. Selang beberapa kelip mata, Dia tabur LADA HITAM. Kalau ikut nak tabur cilipun boleh tapi, cili habis.
6. Untuk bagi oat tadi melekat, shafiq letak SOS CILI kat atas campuran- campuran bahan tadi.
7. Alhamdulillah dah siap.



Masa Bersantap

Shafiq nak makan tiba- tiba baru dia teringat kain yang dibasuh tadi masih ada di dalam mesin basuh kat bilik air.

Dia biarkan biskut… baik ambil kain dulu.

Sewaktu jalan sambil kain dijinjing di bahunya Shafiq tengok biskutnya ada sedikit perubahan secara ‘Gross’. Mungkin telah di’settle’kan skit oleh Nurudin. Dia tak kisah, masih ada lagi yang tinggal untuknya.



Kain tadi disidai secepat- cepatnya di bahagian belakang bilik.

Selesai menyidai kain- kain tadi, Shafiq berlari- lari anak untuk mendapatkan santapan malamnya.

Sampai- sampai kat depan bilik… tengok kat atas bekas tu… ni je tinggal.



Hikmah Sabar

Shafiq nak marah TAPI Shafiq sabar. Dia nampak selipar Shahid kat depan pintu yang tadinya tiada di situ, memang sah Shahid yang makan.

Akibat kecewa Shafiq baring terus di atas katil. Hatinya beristighfar supaya tak terbit secelitpun buruk sangka terhadap sahabat biliknya.

Tengah Shafiq menahan marahnya tu, tiba- tiba Shahid muncul kat sebelah dia sambil memegang bungkusan makanan.

“Nah, satay ngan ayam percik ni untuk ko.”

Terbeliak mata Shafiq. Cepat betul janji Allah tertunai. Innallahhama’assobirin. Sesungguhnya Allah bersama orang- orang yang bersabar.

Tuesday, December 23, 2008

Demi Masa

Sahabat- sahabat,

Moga kalian berada di bawah lindungan Allah swt.

Dalam entry kali ini, suka saya untuk berkongsi secebis pengetahuan yang saya perolehi dari perbincangan dengan rakan-rakan saya berkaitan surah Al- ‘Asr.

Pertamanya, molek untuk saya jelaskan bahawa apa yang saya katakan ini bukan berdasarkan pahaman BUTA kami terhadap ayat- ayat al- quran tetapi ia berdasarkan penjelasan2 yang telah kami rujuk kepada kitab-kitab tafsir terkemuka seperti tafsir ibnu kathir dan juga berdasarkan penjelasan ustaz- ustaz yang boleh dipercayai.

Okay.

Dalam al- quran surah ini ialah surah yang ke- 103 daripada 114 surah al-quran.

Saya bukannya nak buat perbincangan ilmiah dalam entry kali ni tetapi saya nak kita sama2 tengok point yang paling penting dalam surah ni.

Selalu Dibaca Masa Penutup Majlis

Kalau kita perasan,

Selalu lepas tasbih kifarah kita akan baca surah al- Asr,

Eh, tak cukup je kite bace tau tanpa tahu apa makna di sebaliknya.

Yang cantik kita faham baru kita tahu apa tugas sebenar kita.

So, inilah tujuan entry ringkas dan simple nih.

Surah ini, Menyampaikan dan Kesabaran

Kalau kita tengok dari segi susunan ayat surah al- ‘Asr,

Memang cantik sangat Allah susun. Meh kita baca sama2… 1..2..3..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

وَالْعَصْر(1)إِنَّ الإِنسَـنَ لَفِى خُسْرٍ(2

إِلاَّ الَّذِينَ ءامَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّـلِحَـتِ وَتَوَاصَوْاْ بِالْحَقّ وَتَوَاصَوْاْ بِالصَّبْرِ(3


Sodakhallahulla’dzim. Okay pandai adik2 abang. Meh sini bratur amik duit raya, 20sen je tau. Okay, mari kita perhatikan maknanya:

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani.

1. Demi Masa!
2. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
3. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Mari saya terangkan,

Semua manusia yang hidup kat dunia ni, ramai-ramai ni semuanya RUGI,

KECUALI orang-orang yang BERIMAN,

Tidak cukup dengan BERIMAN sahaja tetapi AMAL pula dengan apa yang telah tertulis dalam al-Quran dan As-sunnah.

Dan, tak cukup dengan BERAMAL sahaja dengan diri sendiri kena juga disampaikan pada orang lain. Apa yang nak disampaikan kepada orang lain?

Yang nak disampaikan ialah KEBENARAN.

Dan KEBENARAN yang nak disampaikan itu pasti akan diuji oleh ALLAH akan kesabaran penyampaianya. Maka, KEBENARAN itu mestilah disampaikan dengan KESABARAN.

Inilah pentingnya sabar dalam BERDAKWAH. Jalan dakwah bukanlah jalan yang dihiasi dengan permaidani merah dan sanjungan, bukanlah jalan yang dipenuhi dengan kekayaan dan perhatian. Tetapi ia adalah jalan yang penuh dengan ujian dan dugaan. Maka hanya orang yang bersabar dengannya akan dipilih Allah untuk bersamaNYA dalam membangunkan agamaNYA.

Nak contoh?

Kita singkap sejarah Rasulullah saw, berdakwah ke thaif. Apa yang baginda dapat ialah lontaran batu daripada penduduk di sana sehingga Malaikat jibril as menawarkan untuk menghempap bukit ke atas penduduk thaif. Rasulullah saw bersabar dan menyatakan bahawa jika bukan bapak- bapak mereka yang beriman maka mungkin anak- anak mereka yang akan beriman dengan agama Allah swt. Alhamdulillah… itulah yang terjadi. Inilah yang mahu kita contohi.

Sahabat- sahabat,

Marilah kita berdoa agar ALLAH memilih kita, dan memberikan kita kekuatan dan kesabaran dalam menyampaikan kebenaran ke seluruh alam.

Wallahutaa’la a’lam.

P/S: Meh kongsi pendapat sama-sama. Jangan malu-malu. Saya mungkin tak dapat menulis panjang kerana agak sibuk kebelakangan ini. Maka, pendapat sahabat2 akan meluaskan lagi pemahaman kita bersama. Anggaplah perkongsian ini sebagai salah satu cara untuk memantapkan lagi kefahaman kita tentang agama islam. Jazakllah khaira.

Sunday, December 21, 2008

Pantun untuk Orang Datang Bertandang

Tiang seri kayunya teguh,
Menahan atap serumah penuh,
Hangat ukhuwah terasa sungguh,
Tautan hati kerana Allah.

Tanam sawah di tengah bendang,
Sudah dituai langsung diikat,
Orang jauh datang bertandang,
membawa berkat membawa rahmat.

Pohon rendang pohon berakar,
Buat teduh tompang mengaji,
Datang bertandang walau sebentar,
Namun agama dijunjung abadi.

Kain siri 5

“ Awak yakin dengan apa yang awak beritahu pada saya ni Saleh? Nanti awak pula yang saya denda” Miss Rahayu menyoal dan menggertak Saleh serius ketika perjalanan mereka ke bilik guru untuk memanggil pengetua.

“Eh cikgu, buat apa kita pergi bilik guru? Kita nak tangkap orang lewat je. Bukan nak tangkap orang ponteng kelas.” Saleh cuba mencari jawapan agar dia mengerti apa yang cuba dilakukan Miss Rahayu.

“Awak ikut saja dan beritahu saya pasal mereka apabila saya tanya.” Arahan yang harus dipatuhi oleh Saleh yang sudah mula rasa bersalah membantu gurunya.

Tapi itu semua perlu diketepikan, yang penting biar dendamnya terbalas ke atas budak dua ekor itu. Semua kerana mereka mentertawakannya bersin hingus berbentuk belon tempoh hari.

Saleh diarahkan cikgunya untuk berdiri di hadapan pintu bilik guru sementara Miss Rahayu berjumpa dengan seseorang di dalam.

Suasana hingar di pagi itu jelas kedengaran dari tempat dia berdiri.

Saleh memandang ke arah blok bangunan kelasnya yang terletak di sebelah kantin sekolah. Fikiran Saleh mula melayang dan dia ketawa seorang diri.

Sementara di dalam bilik guru, seorang lelaki yang segak dan berpakaian kemas sedang membelek timbunan fail di mejanya.

Lelaki yang berketerampilan ini berusia pertengahan empat puluhan. Namun begitu, jika dilihat dari raut wajahnya yang ceria, lelaki itu seakan baru berusia tiga puluhan.

Itulah Pengetua Ibrahim Ahmad Daud yang menerajui kepimpinan sekolah ini.

Dia merupakan seorang bapa mithali yang juga merangkap bapa tunggal kerana isterinya pergi menyambut seruan ilahi. Bekas guru Bahasa Inggeris ini sering mengamalkan penggunaan bahasa rojak walaupun telah ditegur beberapa kali oleh anaknya yang juga seorang guru Bahasa Melayu di sekolah lain.

“Tiada orang yang sempurna”, itulah kata- katanya di perhimpunan setiap kali berucap dalam Bahasa Melayu. Barangkali beliau sedar akan kesilapannya yang tak dapat dibetulkan, inilah tabiat.

Tetapi jika berucap dalam Bahasa Inggeris di perhimpunan , satu kesilapanpun tidak dapat dikesan kerana semuanya tidur akibat terlalu bosan dengan ucapannya.

Kerana itulah perhimpunan hanya diadakan pada hari Isnin sahaja dan semua pelajar wajib berdiri.

“Cikgu,” suara halus menggegar gegendang telinga Pengetua Ibrahim.

Beliau memandang ke pintu yang terbuka dan melihat gerangan yang bersuara. “Yes, boleh I help you, Miss Rahayu?”.

Bersambung...
memoir zaman sekolah

Saturday, December 20, 2008

Perbualan Penghuni Syurga dan Neraka

Mak Tolong Mak

“Mak, mak tolong saya... mak”

“Mak.. saya lapar mak… saya lapar…”

“Mak.. saya dahaga mak… saya dahaga..”

“Mak.. anak mak tersiksa… mak tak kasihan kah????”

“Mak.. anak mak tak tahan siksaan ni mak...”

“Mak.. berilah sedikit makanan dan minum pada adik mak... adik lapar mak”

“Anakku…Sungguh Allah mengharamkan keduanya bagi orang- orang kafir,”

Nau’zubillahimindzalik..

Kita minta diri kita, ibu kita, bapa kita, abang kita, kakak kita, adik kita, sahabat kita, dan orang- orang di sekeliling kita dijauhkan dari siksa api neraka.



Perbualan diatas tidak dipetik dari mana2 kisah tetapi adalah pemahaman mudah kepada ayat surah Al- a’raf ayat ke- 50.

Jeritan dan rayuan penghuni neraka yang meminta bantuan dari penghuni syurga

Dan mungkin juga penghuni syurga itu ialah orang yang kita sayang

Dan mungkin juga penghuni neraka itu ialah orang yang kita sayang

Namun adakah kasih sayang di sana dapat membantu ahli- ahli neraka itu?
Jawapannya sudah tentulah TIDAK!

Allah berfirman,
“Para penghuni neraka menyeru para penghuni syurga, “Tuangkanlah (sedikit) air kepada kamu atau rezeki apa saja yang telah dikurniakan Allah kepadamu.” Mereka menjawab, “sungguh, Allah telah mengharamkan keduanya bagi orang- orang kafir” (Al- A’raf: 50)

Renungan

Sahabat- sahabat,

Marilah kita renung bersama… Adakah sudah layak untuk kita bergelar ahli syurga?

Tidakkah kita sedih apabila melihat orang yang
Kita sayang
Kita kenal
Kita cinta

Juga orang – orang yang
Menyayangi kita
Mengenali kita
Mencintai kita

Ditimpa kesusahan
Atau diberi nikmat ketika kita disiksa di sana kelak (nau’zubillah)

padahal sewaktu di dunia kita mampu untuk mengubahnya...
Sedarlah dan renungkanlah bersama. Mainkanlah perananmu dalam keluarga. Allah berfirman, “ berilah peringatan kepada kaum kerabatmu yang terdekat..”.

Mulakanlah langkah untuk mengenali agama Allah yang sebenar. Agama Allah yang suci daripada anasir- anasir khurafat dan kepercayaan karut. Agama Allah yang akan membawa kepada kejayaan di dunia dan Akhirat.

Kepada mak, ayah,abang, adik- adik dan sahabat- sahabatku

Ku mencintai kalian

Sama- samalah kita berdoa agar kita bersama di dalam syurga kelak

Di sini pula
Marilah ingat- mengingati dan nasihat- menasihati
Wallahutaa’la a’lam.

p/s: Kongsilah pandangan anda dalam ruangan komen. Menantiku ibarat pungguk rindukan bulan. TQ

Thursday, December 18, 2008

Tujuan Ilmu

Assalamua’laikum,

InsyaAllah saya nak kongsi sama rakan2.
Ini saya ‘coat’ daripada sebuah majlis ilmu kat musolla brothers UIA.

3 tujuan utama Ilmu:

1) Menghilangkan kejahilan. Ini bergantung jugak kepada kemahuan manusia tu nak mencari kebenaran. Ada orang jalan nak tuntut ilmu depan mata je, tapi nak jugak terus kekal dalam kejahilan.

2) Untuk kita aplikasi dan amalkan. Tak cukup je ntuk tahu mesti kena amal sekali tau.

3) Untuk kita sampaikan kepada orang lain yang takde dalam majlis tu. Macam ni baru betul kita dapat hilangkan kejahilan. Orang ni bagitau orang ni, pastu orang ni bagi tau orang ni, pastu orang ni pulak… Haaa tak ke dapat kat semua orang nanti? Cuma orang tu nak terima ataupun tak nak je.

Jadi sama2lah kita berkongsi apa yang kita tahu dengan rakan2 kita. (“ )-GSM-

Nak Dalil? Oh anyone nak berkongsi bley hantar komen. TQ

Kain siri 4



Kamu tentu tidak faham lagi tentang kisah aku yang berselirat ini.

Bagaimana segalanya berubah dalam masa sehari .

Aku akan terus bercerita jika kamu sudi memberikan seluruh pandangan dan ingatan terhadap kata-kataku ini .

Hidupku masih bosan dan aku yakin sesuatu akan menjadikan perubahan ini berjaya . Aku tidak akan menumpang hidup orang lain untuk gembira dan tidak berasa kosong cuma sekadar berseronok.

****************************

“ Mal,oi mal, Kau confirm line clear ke? Kantoi nanti sia- sia je dapat rotan percuma kat perhimpunan minggu depan”, Samsudin sudah dapat membau sesuatu yang malang bakal berlaku.

Kamal yang berjalan di hadapan berhenti lalu berpaling ke belakang menghadap Samsudin.

“Kalau macam tu lah gayanya kita sama- sama keraskan punggunglah!” Kamal masih mampu berseloroh pada waktu- waktu genting ini.

Matahari masih condong memancarkan cahaya dari timur dan sinarnya makin terik menjamah muka Samsudin dan Kamal. Mereka berdua semakin hampir ke destinasi tujuan mereka- ‘Pintu Ke-2’ sekolah itu.

“Kau tengok pagar yang dah terkopak tu. Abang-abang senior kitalah yang wariskan pada orang- orang teraniaya dek Andalusia tu,”terang Kamal sambil memuncungkan bibir ke arah bilik guru.

“Orang macam kita ni teraniaya ke?” muncul tanda tanya dalam hati Samsudin apabila mendengar kata- kata Kamal yang tidak berasas itu.

“Woi, yang kau termenung tu buat apa? Campak beg ke mari, cepat! nanti line tak clear ,kau, aku dan pengetua tak pasal- pasal jadi popular minggu depan.”

Samsudin mencampakkan begnya melepasi pagar setinggi dua meter itu. Dari celahan pagar dawai itu kelihatan pohon- pohon hijau yang melindungi kegiatan mereka.

Kamal meniarap dengan penuh berhati- hati menerobos pagar dawai untuk masuk ke dalam sekolah secara haram.

Langkahnya dituruti Samsudin yang masih terkial- kial mencari duit syiling yang disimpan dalam kocek bajunya tadi. Terdetik dalam intuisi Samsudin barangkali itulah balasan kecil bagi perbuatannya ini . Duit syiling itu adalah duit baki kuih karipap Cik Minah yang dibelinya tempoh hari di kantin, tanpa disedari tahu- tahu saja sudah hilang entah ke mana..

Bersambung...

Mencari Nilai Keikhlasan

Memang sukar dan payah untuk menilai setiap perbuatan individu.

Apatah lagi untuk menilai apa yang dilakukan diri sendiri.

Kalau melihat orang lain melakukan sesuatu kebaikan, muncul bisikan- bisikan nakal... " bukan ikhlas tu, saje nak menunjuk- nunjuk".

Apakah maksud bisikan itu? Adakah menilai individu dari apa yang dirasakan kita betul?

Aku sendiri sentiasa berkira- kira untuk melakukan sesuatu kebaikan... tapi mereka berbuat baik lebih daripada apa yang dapat aku lakukan, dan tergamak bisikan nakal itu mengatakan... BUKANNYA IKHLAS TU...

Nah adakah ikhlas semudah itu untuk ditentukan.

Hanya hati pelaku saja yang mengetahui, hati ini juga terkadang tergelincir apabila mendengar pujian dan tepukan dari manusia. Maka, Allah jugalah yang layak menentukan.

Aku sering mencuba untuk menjiwai keikhlasan, tak tahulah juga jika niatku untuk menulis ini lari daripada keihklasan. Namun apa yang pasti, mencuba untuk memupuk hati menjadi ikhlas sangatlah penting. Sepenting tiang yang tertegak untuk menampung atap!

Masakan tidak sepenting itu, jika tujuan itu selain Allah, maka amalan itu hanya akan menjadi sia2.. tidak bermakna.. ibarat sampah.. kotor.. lagi mengundang bau busuk.. dan lalat.

Itulah yang ditakuti aku dalam melakukan sesuatu. Aku juga takut munculnya rasa riak, rasa bagusnya diri... siapa aku untuk merasa itu? Merasa seperti seorang yang lebih baik daripada apa yang telah diciptakanNYA. Ternyata aku tak layak untuk merasakan itu.

Walaupun terkadang hati ini bersuara mengharap sesuatu selain daripadaNYA, memasang niat selain daripada keredhaanNYA. Namun selagi nyawa masih di dalam badan, pintu taubat masih terbuka. Panjatkanlah doa dan rintihanmu kepadaNYA. Allah cintakan rintihan hambaNYA...
Beristiqamahlah dan jagalah hati, daripada maksiat jiwa. Perliharalah hatimu daripada itu.

Periksalah niat pada awal perbuatan, ketika perbuatan dan selepas perbuatan, berhati2lah dalam setiap urusan agar niatmu sentiasa terpelihara.

Aku mahu usahaku kerana Allah,
Aku tak mahu cinta manusia mencemarinya,
Aku mahu hidupku kerana Allah,
Aku takut matiku berakhir dengan sebaliknya,
Aku mahu pelajaranku kerana Allah,
Aku takut dicemari dengan indahnya harta dunia,
Aku mahu gembiraku kerana dekatnya dalam agama Allah,
Aku mahu sedihku apabila aku jauh dari agama Allah,
Aku mahu perbuatan ikhlas semata- mata kerana Allah...

Ikhlas itu sukar di cari
ibarat mencari
semut yang HITAM
diatas batu yang HITAM
di dalam malam yang HITAM

Ya Allah ikhlaskanlah hati hambaMu ini
aku sedar pentingnya
kerana setiap perbuatan bergantung kepada apa yang diniatkan (hadith 1 Matan Arba'in Imam Nawawi).

Berilah kekuatan kepada hambaMu ini Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Amin.

Monday, December 15, 2008

Kain siri 3

Peringatan: Cerpen ini ditulis oleh seorang pelajar tingkatan 5 yang masih mentah setahun jagung. Sebarang kesalahan tatabahasa, fakta, tanda bacaan, ejaan, dalam penulisannya adalah amat dikesali.

Tidak,tidak,tidak! Itu saja perkataan yang terpacul dari mulut hati pelajar-pelajar apabila melihat seorang wanita berbaju kebaya hijau muda sedang mencekak pinggang dan merenung tajam.

“Kamu semua ni tak mahu masuk kelas sayakah ? bolehkah kamu beritahu saya yang borak kamu tu boleh bawak kamu jadi peguamke doktor ke arkitek ke?” Miss Rahayu mula berleter. “Sebelum darah saya mendidih baik kamu cepat ke makmal fizik sekarang !” Miss Rahayu menyambung .

Dia memaling dan berlalu ke arah bilik guru . “nasib baik angin pompuan tu baik , kalau tidak…,” Amin cuba memberi pendapat tapi dipotong.

“Kalau tak apa?” Cik Rahayu muncul kembali . Mulut Amin terlopong ,lidahnya kelu terikat di lelangit . Dia diam seribu bahasa dan terasa kerongkongnya kering .

Cikgu Rahayu mengalihkan pandangan ke khalayak kelas dan bertanya, “Mana Kamal dan Samsudin? Saya tak nampak mereka dari tadi ”. Disebabkan sifat belas kasihan dan prihatin, satu kelas sebulat suara cuba melindungi rakan mereka dengan berkata tak tahu .

“Baik, terima kasih kerana memberikan kerjasama,” Kata cikgu Rahayu dengan nada sinis .

Dia memaling buat kali kedua pagi itu , belum sempat dia menghabiskan langkahnya yang ketiga ,satu suara memanggilnya .

“Cikgu,” kata satu suara yang memaksa Cikgu Rahayu mengalih pandangannya .

“saya tahu,” Saleh menjawab ringkas dengan soalan yang dilontarkan oleh pandangan mata Cikgu Rahayu .

Saturday, December 13, 2008

Tagged Team!!!

The last person to tag you is..

Hapiz Kecik

Your 5 impressions toward him..

H- hensem

A - Aktif

P - Penghibur

I - Iman kuat

Z - Zebra???(xde idea utk hurup z.. maaf)

The most memorable thing he had done for you..

Satu group PBL... banyak yang dia bantu.. mesti la jadi memori terindah. TQ Pis

If he becomes your enemy, you will..

Menangis kerana kehilangan seorang sahabat yang baik. Lepas tu, cuba nak baik balik ar..

If he becomes my lover, he needs to improve on..

His study.. haha xde kaitanpun

If he becomes your enemy, the reason is..

Apabila dia telah berpaling dari Islam (Nauzubillah)

How do you think people around you feel about you..

They always husnudzan.

The character about yourself is..

Nobody like me. I'm just like myself.

The most ideal person you want to be is..

Rasulullah saw eventhough I know , I can't

For person who cares or likes you, say something for them..

Love me because of Allah, I sure love you because of Allah swt. May Allah gives us guidance and strengh to love each other.

10 people to tag..

Most of them da pon kne tag..yg blom 2 wat la..hahahha:

  1. anis
  2. akmal
  3. hariri
  4. ben
  5. munir
  6. chupachups
  7. zira
  8. huss
  9. acap g
  10. Sarip (bley ke?)

Who is number 2 having relationship with?

This is a not good question.

Is number 3 a male or female?

Male

Is number 7 and 10 together would be a good thing?

Depend.

How bout number 5 and 8?

Don't ask this question again after this!

What is number 1 studying?

Medic

When was the last time you chat with them?

Yesterday

Is number 4 single..

Don' ask me that kind of question.

Talk something bout number 2..

Pandai dalam IT, orang kelantan, tempat dia penah kena banjir, sian.. klau bateri mike habis, dia mesti ade spare. Magikkan?

Wallahua'lam

Friday, December 12, 2008

Kain siri 2

Peringatan: Cerpen ini ditulis oleh seorang pelajar tingkatan 5 yang masih mentah setahun jagung. Sebarang kesalahan tatabahasa, fakta, tanda bacaan, ejaan, dalam penulisannya adalah amat dikesali.

Keadaan yang hiruk-pikuk dan meja yang tunggang- langgang menghiasi kelas tingkatan 2 Cekal. Suasana hingar-bingar tentu sekali mengumpan seseorang untuk menjengah dan meleteri si penghuni yang bersalah ini.

Tingkah mereka memang tidak patut diamalkan, namun inilah realiti yang pasti berulang setiap hari . Cuma satu dua orang saja yang tekun memandang syurga ilmu, bakinya hanyut dalam neraka keseronokan dan hiburan yang menjadi trend hidup masa kini .

Cakap saja rancangan yang mana satu di kaca televisyen, dari HBO ke Metrovision yang sudah lama bankrap , dari Autumn in My Heart ke Power Ranger Dino Thunder . Semuanya mengisi setiap hujah golongan ini .

Tidak cukup dengan itu, untuk lebih hangat lagi permainan vedio popular juga perlu diselitkan .Maka muncul nama Fareinheit ,F.E.A.R,Need For Speed Underground, Counter Strike, Halflife 2 dan tidak ketinggalan Harvest Moon .

Kelompok peminat karya dari matahari terbit juga perlu memainkan peranan .Mereka menyumbang empat puluh peratus dari kegamatan itu .Sebut saja anime dan Manga , dari huruf A hingga Z tentu mereka mampu menyebutnya . Misalnya , Akira ,Bleach, Chocolate , Death Note,Eye Shield 21,Fish dan banyak lagi .

“Semalam aku download anime Bleach episod latest, kalau nak tonton , datanglah ke rumah aku .Janganlah malu-malu” Salah seorang anggota kelompok itu bersuara . “Kalau saya datang sekali boleh?” , satu suara yang biasa kedengaran berkumandang segenap kelas . Malaikat lalu di kelas itu …..kerana yang sedang berdiri di belakang kelas ialah MISS RAHAYU !

Bersambung...

Wednesday, December 10, 2008

Kain siri 1

Peringatan: Cerpen ini ditulis oleh seorang pelajar tingkatan 5 yang masih mentah setahun jagung. Sebarang kesalahan tatabahasa, fakta, tanda bacaan, ejaan, dalam penulisannya adalah amat dikesali.


‘Kail panjang sejengkal jangan lautan nak diduga’, biasa aku dengar setiap hari bidalan ini. Tidak kira di corong radio, televisyen, kedai kopi sampaikan adik aku yang baru masuk tadikapun tahu tentang rangkaian kata ini. Kenapa? Soalan yang aku jangka terpacul dari mulut kalian . Tepat tekaanku bukan? Kenapa ya? Mahu aku jawab dengan satu perkataan?

‘Muda’.Muda? Ya Muda! Apa maksud aku agaknya ,mahu kau tahu kehidupanku? Tentu sekali membosankan! Setiap hari, setiap pagi ,setiap saat , setiap detik,setiap tika dan setiap seputir pasir berlaga di dalam lautan 7petala dalamnya , aku tetap membosankan walau aku cuba untuk berubah. Ini luahan perasaan aku yang hidup terkurung dalam 2 identiti . Identiti yang pertama itu ,AKU I dan yang kedua ,AKU II .

Selamat berkenalan dengan diriku , jangan kau lupa namaku bukan AKU tapi sesuatu yang lain , yang berbeza sama sekali. Nama Samsudin ,tapi dalam IC ditulis SHAMSUDEAN BIN ABDUL SHAMSEE, semuanya huruf besar seperti dalam IC. Apa istimewanya nama ini, tak lebih dua puluh orang tahu nama sebenarku . Aku tahu kau percaya dengan kataku . Tapi jika orang lain membaca cerpen ini pasti lebih dari dua puluh orang tersenarai sebagai orang yang mengenaliku. Popular? Bukan itu yang aku kejar ….dengarlah rintihanku ini.


**********************


Dicelah deretan kedai lama yang dari rupanya tahulah kita bahawa usangnya lebih dari separuh abad , kelihatan seorang anak muda tercegat memegang beg besar ditangannya. Sekejap kemudian dia beralih dari kedudukan tadi , bercangkung pula . Keletihan mungkin . Dia memandang jam tangan berjenama ROTEX di pergelangan tangannya . Jam hadiah dari bapanya sempena keputusan cemerlang dalam peperikasaan tujuh tahun lepas .Jam itu sudah hilang sinarnya , tidak seperti dulu jika terkena cahaya mentari pasti silau mata yang mengerling atau menjeling. Satu hari ada dia bertanya kepada bapanya kenapa jam itu ejaannya bukan seperti yang terpampang di dada akhbar.

Kenapa ROTEX bukan ROLEX, Bah?


Si bapa memandang jam tangan itu lalu menggerakkan bibirnya perlahan, suaranya halus berhati-hati kemudian dia memegang pergelangan tangan anaknya yang kecil dan dipimpin mendekati matanya. “ Oh ,ini jam special edition pasal itulah ejaannya berbeza,” si ayah cuba menipu .



“Sem!” kamal yang tinggi lampai dan kulit hitam manis melaungkan nama Samsudin sekuat hatinya . Anak mata Samsudin mengecil ,fokus ke arah Kamal ,tajam seperti pedang . Walaupun kabur masih boleh dilihat oleh Samsudin si Kamal yang iras- iras pelakon hindi seperti dalam filem Padayappa . “Gila agaknya mamat India sorang ni” getus hati Samsudin yang cuba memandang ke arah lain untuk tidak menumpang malu si Kamal . Kamal memang anak kacuk , bapanya orang melayu tapi ibunya India muslim , yang peliknya Kamal seorang sahaja yang mengikut iras ibunya,sedangkan abang dan kakaknya yang lain terserlah wajah rupa orang nusantara . tapi lain pulak Kamal yang bongsu itu. Anak bongsu memang manja dan gila-gila . Nasib baik Kamal berkawan dengan Samsudin yang baik lagi berwibawa, kalau tidak tentu lain jadinya si Kamal ini .



Setiap langkah yang diambil Kamal untuk sampai ke Samsudin diatur melawan arus jalan , bukan takut diragut tetapi takut ditabrak dari belakang. “Hei Sem kau sembunyi apa dari aku ? Nak main nyorok-nyorok baik masuk tadika balik,” Kamal sedar akan tingkah laku pelik Samsudin yang bersembunyi di belakang tiang besar kedai Kasut Goh Siang .



Hari ini mereka mahu ke sekolah bersama selepas berjanji semalam . Janjinya pukul tujuh tapi muncul si Kamal ini tujuh lima belas . Apalagi kedua-duanya jadi seperti pelumba lari ,Nazmizan yang memecut pantas mengerah semua keringat memaksa otot mengecut dan mengendur bagi membolehkan tindakan antagonis berlaku. Maka terhasil pergerakan yang pantas bagi mengelak dari dihukum Cikgu Rahayu Abdullah . Walaupun seorang wanita tapi dia bagaikan singa jantan yang mengaum gagah . Mungkin itu alasan cikgu ini masih bergelar ‘cik’ walaupun umurnya sudah mencecah tiga puluh lima tahun . Cik adik oi , Norzi Pak Wan Chikpun kahwin umur 30 tahun fasal apa pulak awak tak kahwin-kahwin lagi? Jodoh tak sampai agaknya , wanita ini walaupun garang tapi ada juga lembutnya , dimana ? Hati mungkin.



Lima puluh meter lagi untuk sampai ke pintu pagar sekolah , Samsudin dan Kamal gagah melangkah sekuat mungkin walaupun uniform sudah dibasahi peluh masam orang jantan . “Kita selamat”, Kata Samsudin tercungap-cungap sambil kakinya melangkau luas ke hadapan . Kamal memandang Samsudin dan mengangguk .Sejurus mengalih pandangan ke depan , Kamal sudah tidak selera untuk berlari .Begitu juga Samsudin yang sudah mematikan langkah dan mula menyesal tindakannya menunggu Kamal tadi .



Dia memandang Kamal yang terlopong memandang tiga puluh meter ke hadapan lalu mencebik . “ Ini semua kau punya pasal!” Samsudin menuduh Kamal dengan nada berbisik . “ Ha…a.a.a.”belum sempat Samsudin menyambung rungutan, Kamal menariknya ke tepi mendekati parit besar di hadapan sekolahnya .

Parit itu memang busuk tapi busuk lagi hati Cikgu Rahayu getus hati Samsudin .Waktu baru pukul tujuh dua puluh lapan , masih ada dua minit untuk dia menjejakkan kaki di sekolah tapi kenapa pintu pagar ditutup ? “Jam aku rosak atau jam cikgu yang salah set ?” Soal Samsudin dalam hati .Dalam pemikiran Samsudin jamnya tak mungkin salah kerana diset mengikut jam azan di TV1 sewaktu bulan puasa tahun lalu .

Kamal dan Samsudin sudah tahu apa yang tepat dan cepat yang perlu dilakukan kini . Perlahan mereka berjalan di atas titi usang merentas parit besar di hadapan sekolah dan berjalan menuju ‘pintu belakang’ sekolah mereka. Belukar yang tumbuh di kawasan itu membolehkan kelibat mereka tidak kelihatan kenderaan yang lalu lalang. Tembok batu yang memagari kawasan sekolah membenarkan kegiatan mereka tersembunyi dari orang yang di dalam sekolah termasuk cikgu Rahayu atau lebih tepat Miss Rahayu.

Bersambung...

Tuesday, December 9, 2008

4 Fasa Ujian Sahabat2

Bosan di Petang Eidul Adha

Semalam saye memang buntu xtau nak buat apa lepas waktu asar. Paginya dah sibuk makan lauk kat umah mase lepas semayang raya + tolong orang kampung sembelih ngan potong daging lembu( sori xde gamba, kamera xbli lagi) + kenduri aqiqah kat surau lepas zuhur. Hasilnya lepas asar bosan taktau kemana campur kenyang melampau..

tapikan...

Nasib Baik

Lepas ngaji ngan ngulang sket petang tu, adik saya yang namenye Are-fiq ajak pegi 'gash' kat kampung. Gash tu bahasa parsi yang membawa maksud pusing2, atau lebih tepat lagi ialah ziarah manusia atas maksud agama Allah swt. Dah lama tak pergi gash maka sayapun menyambar peluang keemasan ini.

Sayapun pergi kumpul kat surau, lepas meeting ringkas, jemaah
pun gerak dalam 4 orang (saye, Angah, Abang Shukrie ngan anaknye yang masih kecik) menuju ke jalan yang telah di putuskan. Dapat la jumpa dengan 2 orang dalam banyak2 rumah.

Ini antara kata2 mutakallim(orang2 yang berkata2) yang menusuk jiwa:

"
Kita muslim bersaudara,
dalam hati abang ada kalimah Lailahaillallah,
begitu juga
saya,
seseorang yang mati dengan iman walau sebesar zarah,
Allah swt akan jamin syurga 10 kali besar dunia,
Tapi untuk masukkan hati dengan kalimah Lailahaillallah,
kita mesti mau selalu sebut tentang kebesaran Allah,
sama seperti lori yang penuh dengan buah tembikai,
apabila terbalik maka tembikailah yang akan terkeluar,
seperti manusia,
apabila kalimah dan kebesaran Allah yang mengisi hati maka
nama Allah yang akan terkeluar di akhir kalam nanti.. InsyaAllah"

Majlis Fikir Iman dan Amal

Ini je part yang ade kaitan ngan tajuk kat atas tu.. hehe
Ini dia 4 ujian2 yang dilalui oleh sebahagian sahabat2 yang dimana mereka ditarbiyah untuk taat dan iman mereka dibina sehingga yakin mereka kepada Allah melebihi segala2nya di dunia ini.

  • Ujian bentuk fizikal, masa awal2 islam baru nak berkembang lihatla macam mana bilal disiksa dengan batu dihempap di atas badannya di tengah2 padang pasir. Kemudian, mak ayah Amar b. Yasir yang disiksa dan dibunuh dan banyak lagi perlakuan orang kafir quraiys yang menyeksa para sahabat.
  • Ujian bentuk mental, atau aqal, ingat x peristiwa israq mi'raj? Ada diantara orang islam yang murtad sebab tak dapat nak terima cerita Rasulullah saw ditambah pula dengan gangguan dari Abu Lahab. Maka, orang yang betul2 yakin dengan kenyataan Rasulullah saw saja yang mampu bertahan. Mana xnya, logik ka kalau seorang dapat naik ke langit dalam masa satu MALAM? Tapi mereka yakin, ini tidak mustahil untuk berlaku kepada Nabi Muhammad saw.
  • Ujian tinggalkan harta dan segalanya... ini ujian masa hijrah ke Madinah. Mereka hijrah dengan tinggal semuanya di Mekah untuk pergi ke suatu tempat yang asing bagi mereka. cth, Abdul Rahman bin Auf yang kaya raya sanggup tinggalkan semuanya untuk hijrah ke sana... terharu betul T_T
  • Ujian yang terakhir ialah mase perjanjian Hudaibiyah, orang Islam mase tu macam berat hati nak taat perintah Rasulullah saw untuk cukur kepala. Tapi, lepas Rasulullah saw bercukur, mereka semua taat dan ikut walaupun dengan berat hati kerana iman mereka pada Allah.
Kita Macam Mana?

Inilah contoh yang kita cuba untuk ikut, ujian2 kesusahan ini memang sukar dan mungkin ada yang kecundang. Namun kita berdoa dan beristiqamahlah agar dipilih dikalangan orang yang mendapat rahmat dari Allah swt. Allah berfirman:
Sungguh, Kami akan menguji kamu dengan sesuatu daripada ketakutan, dan kelaparan, dan kekurangan harta, dan jiwa, dan buah-buahan; dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar (2:155)

Monday, December 8, 2008

Kenal tapi tak cinta.

Terasa macam baru semalam aku melihat lembaran surat itu. Padahal telah lamaku sisipkannya ke dalam diari hijauku. Fikiranku bercelaru mengingatkan kembali bait-bait ayat yang tersusun kemas mengisi baris- baris kosong. Aku tahu akulah punca hadirnya lembaran itu. Beban dosa dapatku rasakan di bahuku, menekan pundak dan benak. Akulah puncanya, dia terlalai dan begitu juga aku. Adakah perasaan penyesalan ini yang dinamakan iman? Atau sesuatu yang diistilah ‘puas’ setelah mengenalinya dan mempermainkannya?

‘Habis madu sepah dibuang’. Akukah yang menggambarkan pepatah ini kepadanya. Setelahku memberinya harapan yang menggunung kemudianku mendiam tanpa sebarang penjelasan. Adilkah aku terhadap dirinya? Patutkahku memberitahu apa yang terpendam kemas di dalam lubuk hati ini. Jiwa ini merasa terbeban apabila memberikan sesuatu yang bukan pada haknya. Bukanlah cinta yangku berikan tetapi ‘harapan’. Aku tahu hatiku ini tak pernah menghadirkan cinta padanya dan juga manusia lain yang dinamakan wanita. Aku tidak mahu dia merasakan dirinya dipermainkan tetapi aku mahu dia merasa dirinya dihargai.

‘Dihargai?’, bagaimana menghargai seseorang dengan meninggalkannya? Ya, aku menhargainya dengan memberikan haknya sebagai seorang wanita yang belum berkahwin. Bukankah hak untuk bersama itu ada pada sahabat- sahabat wanitanya, ibu bapanya dan suaminya? Bagaimana dengan harapan yang telahku berikan padanya? Mungkin dia sudah menanamkan dalam hatinya yang akulah lelaki yang bakal menjadi suaminya. Jika itu yang terjadi, aku bersedia mencintainya tetapi bukan sekarang! Mencintainya selepas dia bergelar isteriku yang sah, itulah haknya sebagai isteriku.

Jika dia bukan isterimu? Aku yakin jodoh pertemuan itu milik Allah, Dialah yang akan menentukannya. Andai bukan takdir kami untuk bersatu aku redha dengan aturan itu. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Dalam doaku setiap hari, tidak pernahku meminta untuk disatukan dengannya tetapi yangku pinta ialah , agar aku ditemukan dengan ‘wanita yang solehah’. Wanita yang akan menemaniku untuk menegakkan agama Allah, wanita yang akan melahirkan dan mendidik anak- anak yang soleh dan solehah yang bakal menjadi jentera- jentera penggerak ummat islam, wanita yang kental hati dan utuh cintanya pada agama, wanita yang mengingatkan aku agar istiqamah di atas landasan agama, wanita yang bukan sekadar perhiasan dunia tetapi juga bakal bidadari yang akan menemaniku di syurga.

Aku mahu meninggalkan dirimu kini kerana aku merasa terbeban melakukan sesuatu yang bukan pada tempatnya. Usahlah kau menghubungiku melainkan perkara- perkara yang penting sahaja. Tidak perlulah berkongsi segalanya tentang dirimu, ingatlah dirimu sangat berharga. Segala rahsia itu milik suamimu dimasa akan datang. Aku juga tidak mahu larut dalam maksiat hati apabila mengingatimu. Tiada ikatan lagi diantara kita yang membolehkan aku menghadirkan perasaan kepadamu. Dirimu sudahku kenali namun cinta ini tak dapatku beri. Masih terlalu awal untuk bersatu, kerana aku masih ketandusan ilmu, aku tak mahu rumahtanggaku dibina atas dasar terburu-buru dan nafsu. Aku mahu mahligai itu dibina atas dasar cintakan Allah. Maafkan aku kerana aku yang memulakan pertemuan ini. Marilah kita sama- sama memanjat taubat kepada Allah. Dirimu percaya pada Jodoh bukan? Andai ada jodoh diantara kita, yakinlah Allah pasti akan satukan, andai tiada, maka Allah lebih mengetahui baik dan buruknya.

Usahlah bersedih kerana terpisah, tetapi kau harus gembira kerana dirimu telah terkeluar daripada terus diulit dosa. Dirimu kini tidak terikat dengan diriku, kau berhak memilih sesiapa selain dariku untuk kau terima menjadi suamimu. Pilihlah yang beriman, dan bertaqwa yang kau rasakan akan membimbing hidupmu dalam redha Ilahi. bersama- samalah menjaga hati. Kumohon maaf atas kesilapanku, kuharap kau tahu beban yang menekan pundakku. Kuharap kaupun dapat merasakannya. Akhir kata dari ku… “Moga Allah memberkati hidupmu”.

Pen di tanganku terhenti dari terus menari. Sunyi suasana malam menemaniku ketika ini, kulontarkan pandanganku keluar jendela mengarah anak sungai di belakang mahallah. “Surat ini akan sampai kepadanya” getus hatiku sambil berdoa moga Allah memudahkan urusanku. Fahamilah isinya dengan hatimu.

Gerimis Salju Membara

11.47mlm 11th November 2008

Sunday, December 7, 2008

Berkorban Di Raya Korban


Panggilan Telefon


Astagfirullah... Astagfirullah... Astagfirullahala'zim
Kedengaran runut bunyi talifon bimbit memecah ruang kesunyian.

" Hello, Assalamua'laikum,"

" Waa'laikumsalam, Imah, abang nie"

"Ha.. abang, Imah tengah duk kemas baju Farid & Razi nih.. seronok dioarang menyanyi lagu balik kampung kat depan sana, tak sabar nak jumpa tok wan diorang agaknya"

"Haha.. ada2 saja budak berdua tu"

"Eh, Abang kat mana tu, kat hospital lagi ke?"

"Tak Imah, sbenarnya abang ada benda nak bagitau ni..."

"Oh, abang ada surprise ke untuk mak & ayah kat kampung nanti? Imah ada idea"

"Bukan Imah.. Kalau abang bagitau nih Imah jangan sedih ya?"

"Apalah abang ni... Imah tak dengar lagi macam mana nak sedih, macam la Imah boleh baca fikiran abang"

"Kita terpaksa batalkan plan ntuk balik kampung Imah... cuti Abang dibekukan, semua kakitangan HKL tak dapat bercuti kali ni"

"Kenapa tak dapat abang? bukan abang dah minta awal2 lagi ka?"

"Emergency Imah, emergency... ada kes tanah runtuh kat Bukit Antarabangsa... Abang on da way ke sana. Kirim salam kat Farid & Razi... minta maaf kat diorang bagi pihak abang"

"Baik bang... abang hati2 ya..jaga diri baik2"

"Nanti abang call balik ntuk cakap ngan budak2... kita terpaksa bekorbanlah kali ni.. Sabar ya Imah, raya haji kali ni kita terpaksa raya kat sini saja.."

"Takpa bang, nanti Imah telefon Umi dan Abah ntuk bagitau yang kita tak balik"

"Okay, dah nak sampai nih, Assalamualaikum sayang..."

"Waa'laikumsalamwarahmatullah cintaku"

panggilan dihentikan.

Tuntutan Tugas

Mungkin ini adalah salah satu daripada perbualan yang dapat kita dengari atau mungkin kita akan tempuhi suatu hari nanti sewaktu bertugas sebagai seorang doktor. Tapi juga mungkin berlaku di kalangan kakitangan HKL dan juga kakitangan awam lain yang terpaksa mengorbankan cuti mereka di hari raya ini rentetan daripada kejadian tanah runtuh yang telah mengakibatkan sekurang- kurangnya 14 buah banglo musnah dan jalan utama yang menghubugkan 3000- 4000 orang penduduk sekitar telah tertutup.

Inilah ujian yang besar yang menguji penduduk kawasan itu dan kakitangan HKL yang mungkin sudah bersiap2 untuk pulang ke kampung sebelum raya haji ni.

Nak buat macam mana kalau dah tugas,
Mereka lebih memerlukan bantuan kita,
Penduduk sekitar tu sedang berada dalam musibah,
siapa lagi yang bertanggungjawab untuk membantu mereka?

Maka, di sinilah tertuntutnya mereka untuk berkorban, korbankan kepentingan diri untuk kepentingan masyarakat yang lebih memerlukan. Inilah ujian Allah kepada kita, ujian untuk lihat samada kita mampu bersabar atau dah hilang akal fikiran.

Allah berfirman,
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “kami beriman”, sedang mereka tidak diuji? [Al-Ankabut 29: 2].

Memang manusia ini layak untuk diuji, kerana kita ini hanyalah hamba. Bersabarlah dan ayuhlah kita renung kembali hubungan kita dengan Allah, adakah kita sentiasa merasa Allah sebagai Rab kita atau terkadang kita terlalai dengan kesenangan yang dikecapi. Untuk maklumat yang lebih berkenaan dengan ujian2 nih, sahabat2 bley melayari laman web saifulislam.com bawah post KAMU SENTIASA LAYAK DIUJI. Wallahutaa'la A'lam.

Nak lontarkan pandangan? bagilah komen... saya menunggu2


The Twisted Biological Clock

The Sleep

As my pledge to improve my English language there will be some post in this blog that will be in English language. Of course they will be a lot of grammatical & vocabulary error.. hehe. Plenty of them perhaps. As the first english post I would like to share with all of you about this problem of sleep disoder.

When we small and still in cradle, some of us love to woke our parents at night due to our uncomfortable feeling. But that is not the disoder of sleep that i want to share here. Of course, babies slept a lot... a lot! and their growth could be retarded if they not having enough sleep.

As we grow, we are adapting ourselves to sleep at night and active throughout the day( some of us may also sleep because of tired). During this period which is between 3- 21yrs old, sleep is very important for our development. Lack of sleep at the proper time will affect our growth during this period. But, there are some of us that do not need that much sleep(6-8hour)especially when we enter the 2ndry school. Specifically during the big examination time. We tend to sleep only for 4-5 hours per day to compensate the study period. We sacrifice our night and sleep in order to do that. Here where the alteration start...





The Disorder


Heavy caffeine intake in order to supply the adequate energy to wake up at night more or less is one of the factor of this inner clock alteration. Other than that are the excessive anxiety, pressure, new downloaded korean drama, talking with her/ his... and many2 more. The common thing between these factors are they took our good night sleep. But the point is, do we really need that 7-8 hours sleep? some expert say yes.. but some say 6.5- 7hours is already enough. So, make your choice.

As a medical student, some of us will have the symptoms where we tend to sleep as early as 10 o'clock and wake up at 1 o'clock in the morning!(it happen to me =(
3 hours is so short. Then the way to complete the six hours is sleep for 1hour before subuh. Sleep another 40minutes after that. Then, sleep for 20minutes during the break in the mosque. The other 1hour I don't have any idea where to find the suitable time for it. It just develop before the minitest, I think I kinda like it. I have friend who are worst than this... sometimes he come to class without getting any sleep before that. But usually headache will be followed after that.

As a conclusion, sleep when we thinks we need it and avoid excessive sleep. Allah has create sleep for us as the way of relaxation (An- Naba'78:9).
p/s: it is also encourage to all of you to wake up early so that we can do qiamulail (it is one of the generator of iman strength). HaPPy PraCtiCing..

help me in improving my english okay? ('_')'

Saturday, December 6, 2008

Hilangnya Pasti Terasa

Mari Membayang

Sahabat2 mari kita bayangkan...

Esok, dalam perjalanan kita menuju ke masjid sesuatu yang tidak disangka berlaku..
lagi 20 langkah kita nak masuk gate masjid terpampang besar2 tulisan:
"DIHARAMKAN ANDA UNTUK MASUK KE DALAM"
Di sekitar masjid pula berdiri beberapa orang askar bersenjata lengkap mengawal.
Sahabat2 tengok ada beberapa orang lelaki separuh umur yang sedang dipukul di tepi pintu.
Mereka berpakaian lengkap seperti orang yang hendak bersolat.

Sahabat2 apa yang sahabat rasa pada ketika itu?
Adakah sedih?
Adakah terkejut?
Adakah Marah? atau
Adakah Seronok???


Mari Merenung

Sahabat2,


Sudah tentu hati2 sahabat terguris dan mungkin ada yang meluap- luap marah di atas tindakan tersebut. Sudah tentu akan ada di antara kita yang sanggup menggadai nyawa semata- mata untuk bersolat di dalam kawasan masjid secara berjemaah. Situasi ini dapat kita lihat di bumi Palestin. Pada hari jumaat, pemuda- pemuda di sana seawal pagi lagi akan berpusing mengelilingi masjidil aqsa untuk mencari lubang- lubang dan tembok- tembok kosong yang mampu mereka tembusi semata- mata untuk menunaikan solat jumaat di dalam kawasan haram as-sharif yang hanya dibenarkan orang2 tua untuk memasukinya oleh tentera Israel. Ada di antara mereka yang kecundang dalam cubaan mereka untuk menunaikan kewajipan itu. Sampai begitu sekali kesungguhan mereka untuk bersolat jemaah.


Mari membanding

Terlalu beruntung kita jika dibandingkan dengan mereka. Kebebasan yang kita miliki ini tak seharusnya kita sia2kan. Masjid yang dibina kebanyakannya kosong tanpa penghuni. Ini merupakan petunjuk pertama tewasnya ummat islam dalam memikul tanggungjawab berat menyebarkan agama Allah. Teringat sepotong hadith yang dikongsi oleh Abdul Rashid tempoh hari, Rasulullah saw bersabda mafhumnya, “ Andai kamu tahu apa yang aku tahu pasti kamu akan datang ke rumah Allah walau dengan keadaan merangkak sekalipun..”.

Sahabat2,

Apa lagi alasan yang mampu kita berikan untuk kita mengecualikan diri dari pergi bersolat jemaah di masjid. Terlalu banyak fadilat yang telah dinyatakan dalam hadith2 berkaitan solat jemaah. Jika orang butapun Rasulullah sarankan untuk bersolat di masjid kerana mendengar azan inikan pula kita yang cukup segala panca indera dan anggota tubuh. Takkanlah sampai nikmat kebebasan ini ditarik Allah swt baru kita nak sedar akan kepentingannya. Ibarat kaki yang dipotong, hilangnya pasti terasa. Marilah kita renung2kan dan mulakanlah perubahan dan teruskan peningkatan. Selamat Beramal =)