Ya rasul salam alaika... (bunyi ringtone lagu Ya Nabi Salam nyanyian Opick)
Sarmizi terkejut dari lena,
sikit- sikit kelihatan tangannya keluar daripada selimut yang menutupi seluruh badannya.
tangannya berjalan- jalan mencapai henfon Sony Ericson barunya.
tanpa di tengok sapa yang memanggil,
Dia terus jawab panggilan tuh...
" Assalamualaikum, Hello sape nih?"
" Eh, takkan suara mak pon tak kenal?"
mata Sarmizi terbeliak macam bola ping pong. "Kenapa mak telefon aku? Mesti ada something nih" hati Sarmizi meneka- neka.
" Eh... eh mak, mak sihat?"
"Alhamdulillah sihat, hari nih mak pergi rumah Mizi ya? Mak nak jalan2 la... "
"Eh, mak nak datang umah Mizi, rumah mak takde letrik ke?" Sebenarnya Sarmizi malas nak mengemas biliknya, sebab itulah soalan bodoh ini terpacul daripada mulutnya.
" Allah... ke situ pulak budak nih, mak sendiri nak datang rumah Mizi takkan tak boleh?"
"Eh... err.. boleh mak, boleh, datang la" Mizi jawab dalam keadaan ambigusi.
Dia bangun dari katil.
Dia keluar dari bilik. Pastu dia pergi jerit tanpa mempedulikan jiran- jiran sebelah. Sangat tidak islamik akhlaknya.
Mat Amin terkejut dengar suara jeritan dari luar biliknya,
dia keluar lalu mendapati Sarmizi yang menjerit tadi sedang berdiri dengan senyuman manis ke arahnya.
Mat Amin balas balik senyuman tu, senyum tu kan sedekah.
"Pehal?"
" Mak aku nak datang rumah kita"
Mata Mat Aminpun terbeliak macam bola ping pong yang merupai bentuk mata Sarmizi tadi.
"Nak datang? Sekarang? Jom2 kemas.."
Pantas Mat Amin mengimbau memori sewaktu kali terakhir mak Sarmizi datang, rumah mereka macam tongkang pecah masa tu, kebetulan masa sebelum periksa 'minitest'. Mak Sarmizi yang kemas semuanya, tapi yang tak bestnya sambil mengemas sambil mulutnya bergerak me'nasihat' mereka berdua.
Ni datang masa lepas 7jam final exam, macam 'Titanic Pecah'la jawabnya. Taktau la macam mana mak Sarmizi akan meluahkan perasaannya.
Penin2,
tapi Allah sayangkan mereka berdua, Mat Amin dah jemur karpet pagi tadi..
namun begitu, meja studinya agak bersepah
Kain yang tak siap lipat + buku yang dilayan secara 'zalim'.(tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya).
Lanjutan dari masalah tadi, kain2 ini masih tidak diletakkan di dalam almari dengan cermat.
Ya Allah almari ape nih? ntah2 ade tikus mati?!!!
Ditambah dengan habuk yang membaluti persekitan bilik nih. Pasti ibu Sarmizi akan meleteri mereka jika tiada tindakan urgent dilakukan.
Mat Amin memang dah biasa bab2 kecemasan macam nih...
Apa yang dia lakukan ialah dia mengampil penyapu dan menyapu dengan penuh ketekunan.
Sarmizi terpinga- pinga.
Lepas beberapa detik jam baru dia susun buku2 yang ada di atas katil tadi ke dalam rak.
Pastu dia lipat baju yang tak berlipat lalu dimasukkan ke dalam almari ibarat 'menarik benang dari dalam tepung'.
Mat Amin dah siap menyapu je dia telus bentang dan cekangkan cadar juga selimut ke katil. Bantal dibalut dengan sarung berwarna hijau dengan corak bunga2.
Lepas tu mereka berdua bekerjasama membentang karpet ke lantai.
Alhamdulillah,
Karpet sudah ada di atas lantai.
Meja studi tampak lebih kondusif.
Baju yang teratur dan tersusun daripada pandangan mata Mat Amin dan Sarmizi.
tiba2,
"Assalamu'alaikum"
Mak Sarmizi dah sampai!
Masuk2 je dia terus perhatikan sekeliling, oh kemas dan bersih.
Sejuk hati si ibu.
Mat Amin dan Sarmizi tersenyum, selamat mereka malam tu.
"At- tuhuru shatrul iman..", Kebersihan itu sebahagian dari iman. So, mesti bersih luar dan dalam kay? Wallahuta'ala 'alam.
2 comments:
salam
aik??
kisah benar ke ni??
apepun tq krn menyediakan tulisan yg kelakar tp, bmanfaat..
Wa'alaikumsalamwarahmatullah,
Ini bukan kisah benar.
Tq kerana sudi membacanya.
Post a Comment