Monday, January 12, 2009

Kain siri 8

Hei, kamu masih setia membaca tentang kisah diriku yang semakin kompleks ini. Segala- galanya akan terungkai satu- persatu mengikut kronologi. 

Tanpa aku sedari aku semakin berubah dan menjadi sesuatu yang aku geruni dan semua orang geruni. Sungguh takku sangka segalanya berlaku sekelip mata bagai panahan halilintar. Gerun merupakan satu perkataan yang menerangkan perasaan takut yang menunjukkan kelemahan. 

Sudah tentu perkara yang menggerunkan lebih teruk dari itu. Aku semakin berubah.

*********************************

“ Sem, asal kau?,” mata Kamal terbeliak melihat orang yang menarik Samsudin ke belakang sehingga butang baju rakannya tercabut. 

“ Kau lepaskan dia atau aku tumbuk kau!” Kamal meninggikan suaranya. Matanya penuh dengan api kemarahan apabila melihat teman rapatnya diganggu. 

“Hahaha, ambik ni!” Orang itu menghadiahkan sepakan maut yang singgah tepat di dada Kamal menyebabkan dia terbaring di tanah. Samsudin pula dicampak ke tepi seperti tikus oleh orang itu. Samsudin yang tertiarap di atas rumput memalingkan kepalanya ke belakang untuk melihat manusia yang menyerangkanya tadi.

 “ Saleh? Kenapa kau pukul kami?” Samsudin cukup terkejut dengan apa yang dilihatnya. Sungguh tidak disangka Saleh sanggup lakukan perbuatan yang terkutuk ini. 

Saleh tidak mengendahkan Samsudin yang berada di belakangnya tetapi menuju ke arah Kamal yang terbaring. Di tengah- tengah lautan manusia yang sedang bergaduh itu dapat dilihat dengan jelas perut Kamal dipijak oleh Saleh berkali- kali. Samsudin yang masih kesakitan cuba bangun untuk menyelamatkan rakannya. 

“Kau Saleh, tak guna!” Samsudin menggenggam erat tangannya dan mengumpul seluruh kekuatan di hujung genggaman itu. Satu tumbukan padu seperti peluru membaham pipi Saleh. Kemudian, satu lagi tumbukan yang lebih padu singgah di mata Saleh . Tempurung kelapa mampu dipecahkan oleh tumbukan Samsudin, begitu juga mata dan pipi Saleh yang bengkak besar. 

Saleh rebah serta- merta kerana tidak dapat menahan kesakitan yang amat sangat. Matanya tidak dapat dibuka akibat tumbukan tadi. Pandangannya kabur dan semakin gelap. Dunia seolah berlari jauh darinya,yang kedengaran hanya suara bising pelajar- pelajar lain yang sedang bertumbuk.

Samsudin memapah Kamal yang sedang senak untuk lari daripada stor sukan. Kamal hanya mampu berjalan terbongkok- bongkok sambil tangan kirinya diletakkan di perutnya. Tangan kanannya pula dipapah Samsudin dengan kemas dan erat. Mereka berdua cuba berjalan secepat mungkin untuk melepaskan diri sebelum Miss Rahayu atau polis datang ke situ. 

Pergaduhan antara samseng itu masih belum tamat, darah dapat dilihat di wajah sesetengah pelajar. Mereka sudah dikuasai oleh syaitan dan perasaan marah yang meluap- luap bagai api dicurah minyak tanah. Hanya polis sahaja yang mampu menguraikan semua itu.

Hanya dua meter sahaja lagi untuk Samsudin dan Kamal meninggalkan neraka dunia itu. Di hujung blok kedua, Samsudin sedaya upaya memapah Kamal sepantas mungkin. Segalanya bakal berakhir bagi mereka berdua, hukuman dan rekod hitam pihak sekolah tidak akan memburu mereka lagi. Cuma yang patut digusarkan oleh Samsudin dan Kamal hanyalah Saleh yang sedang terlantar kesakitan.

“ Mal kita takkan kena rotan minggu depan, kita selamat Mal,” Samsudin meyakinkan Kamal yang sedang menahan sakit. 

“ Awak berdua nak ke mana?”
Bersambung...
most frequently visit place time kat skolah dulu...
Mane slipar aku? haduh..