Saturday, January 31, 2009

Kami adalah Tentera Allah..

Sambung pasal Mukhayyam haritu...

Malam masa saya sampai tu dah ada dah aktiviti fizikal. Ujian pertama kami ialah 'NIGHT WALK'. Sebelum aktiviti night walk tu, Tok Wan sekali lagi telah memberi briefing yang membangkit semangat islami di dalam jiwa2 kami. Sedikit katanya, anak2 tak patut lupakan ibu bapa selepas ada keluarga sendiri. 

Ibu kamu yang membawa kamu sembilan bulan dalam kandungan. (saya rilek lagi time Tok Wan ckap tu..)
Ibu yang kendong kamu ke sana ke mari lepas kamu dilahirkan (saya still rilek lagi..)
Ibu yang bila kamu sakit, menangis tengah malam, dia berjaga menjaga kamu ( cam dah x rilek sket)
Ibu yang peluk kamu, cium kamu, belai kamu dengan penuh kasih sayang (aku dah tak leh nak cover dah)
Bila kamu dewasa, kamu tinggalkan dia, kata kamu sibuk, sibuk, sibuk, sampai dia rindu sangat pada kamu. Semasa kamu di sini, ibu yang di rumah buka almari kamu, ditatapnya satu- persatu baju kamu semasa kecil, setitis demi setitis air matanya mengalir teringatkan kamu...
(saya dah rasa tidak keruan.. air mata menemani saya...)

Terdetik hati saya tentang tingkah saya kepada mak selama ini. Saya selalu berkira2 untuk pulang ke rumah walaupun kadang2 masa itu tak digunakanpun untuk studi/program di universiti. Jadi saya bertekad kepada diri saya untuk meluangkan masa lapang saya untuk pulang menjenguk mak ayah di rumah serta mengubah sikap dari asyik membuta kepada suka membantu mereka di ruamh. Walaupun mereka faham saya penat studi dan jarang minta bantuan saya tapi apa salahnya saya menawarkan diri untuk mereka. Betapa butanya saya selama nih =(

Berbalik kepada aktiviti Night Walk

Kami dibenarkan untuk jalan berdua- dua meredah gelap malam di dalam hutan hulu langat tu.
Kata abang penyelia tu, ada orang yang dah keluar dari hutan tu berbogel akibat main2 semasa berada di dalam tu. Saya dan rakan2 banyak2 zikir time tu. Barulah harap pada Allah tu tinggi, ni lah manusia tipikal. Cantik sungguh hutan tu di waktu malam, Subhanallah... 
Sepanjang perjalanan tu kami berjalan dengan memegang kemas tali yang disediakan sebagai penunjuk arah. Ibrah di sebalik itu, manusia di atas muka bumi ni mestilah berpegang kuat kepada tali Allah bagi mengelak diri dari kegelapan dan kesesatan. 

Allah swt berfirman dalam surah ali Imran ayat 103, "dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali(agama) Allah dan janganlah kamu bercerai berai...". 

bersambung next time...


1 comment:

ana muslim said...

upload la gmbar2 mukhayam