Wednesday, January 21, 2009

Kain siri 8

“ Mal kita takkan kena rotan minggu depan, kita selamat Mal,” Samsudin meyakinkan Kamal yang sedang menahan sakit.

“ Awak berdua nak ke mana?”Suara yang biasa didengar oleh Samsudin menjamah telinganya.

Jantungnya berdegup deras, tangannya terasa sejuk, kakinya lemah tak bermaya seolah tiada darah mengalir. Dia tidak berani untuk mendongak memandang ke depan. Kamal juga sudah menyedari kehadiran orang yang paling mereka geruni- Miss Rahayu.

Samsudin dan Kamal melutut tak berdaya dengan penuh penyesalan. Segalanya memang sudah berakhir dengan mereka dihukum di hadapan pelajar lain. Sungguh tak disangka akibat terlewat dua minit untuk hadir ke sekolah, mereka menghadapi satu hari yang yang penuh penyesalan.

Air jernih terbutir dari celahan mata Samsudin tanda dia tewas mengawal perasaannya. Dia masih tunduk dan melutut tanda menyerah diri. Kamal rebah ke tanah tidak sedarkan diri kerana tidak dapat menahan kesakitan dan kejutan yang amat menekan.

Masa seolah terhenti ketika itu, Samsudin melihat mulut Miss Rahayu terkumat- kamit sambil berlari ke arah Kamal, tetapi dia tidak dapat mendengar suara gurunya itu. Barangkali dia terlalu takut dan panik melihat kejadian yang telah berlaku. Ini semua bagai satu tamparan hebat singgah menembus dirinya, terlalu berat dan menyakitkan.

Tidak lama selepas itu, satu das tembakan kedengaran memecah suasana dan menguraikan pergaduhan yang berlaku. Pelajar- pelajar bertempiaran lari meninggalkan stor sukan akibat ketakutan, suasana kembali tenang.
Bersambung...
5 minit sebelum bukak puasa tahun 2005...
Laparnye...

No comments: