Ingin saya berkongsi dengan kalian sesuatu yang sangat berharga yang kita sebagai muslim selalu hilang sebagaimana hilangnya maruah ummah yang telah tercalar akibat kesilapan kita sendiri dalam melaksana hukum- hukum Allah.
Apa yang saya coretkan kali ini ialah apa yang telah dikongsi oleh seorang sahabat saya tempoh hari dalam lingkungan waktu yang sama ketika entry ini ditulis yakni lepas waktu subuh.
Tajuknya semalam ialah solat subuh berjemaah dan kelebihan waktu pagi. Dia telah menghurai perkara ini berdasarkan sebuah buku yang telah ditulis ialah seorang dokter. Saya tak dapat nak me'recall' nama penulis dan tajuk buku itu tapi yang pasti ada perkataan subuh la.
Rasa- rasanya dalam banyak- banyak solat, solat yang mana satu paling payah untuk kita buat secara jemaah? lagi- lagi kalau di masjid?
Tentu sekali jawapannya solat subuh!
Solat Jumaat yang diwaktu tengahari penuh sampai ke luar masjid namun bagaimana pula dengan solat subuh? Dua saf? satu saf? imam ngan bilal je? atau Bilal je(sebab imampun tak datang)?
Mari kita renungkan kembali, perihal waktu subuh yang letaknya memang pada ketika yang sangat sukar bagi kita untuk korbankan kerana itu waktu tidur kita! Ternyata solat subuh itu sendiri telah menjadi satu ujian kepada individu muslim. Nah, apakan lagi dengan solat subuh BERJEMAAH jika solat subuhpun tidak tertunai?...
"Sesungguhnya solat yang paling berat untuk orang munafik ialah solat subuh solat isyak dan subuh. Sekiranya mereka tahu apa yang terkandung di dalamnya nescaya mereka mendatangi keduanya walau dengan keadaan merangkak sekalipun"(HR Bukhari dan Muslim).
Sewaktu hidup Rasulullah saw, orang- orang yang selalu ponteng solat subuh berjemaah ni ialah orang- orang munafik kerana waktu subuhkan gelap. Ketidakhadiran mereka tak dapat dikesan.Abdullah bin Mas‘ud berkata: “Kami sentiasa bersembahyang subuh bersama dengan Rasulullah saw secara berjamaah. Hanya orang munafiq yang terang nifaqnya sahaja yang tidak pergi menunaikannya.”
erm berat nih...
Salah penguasa Yahudi menyatakan mereka(yahudi) tidak akan takut selagi kehadiran solat subuh tidak seperti solat jumaat... eh knape? agaknya dia lebih tahu dari kita.
Solat subuh ni istimewa sebab siapa yang solat isyak dan subuh secara berjemaah ganjarannya seolah- olah dia beribadat sepanjang- panjang malam. Larat ke kite nak bangun sepanjang2 malam hari2. Ini la chan kita!
Saya sendiri menasihatkan diri saya supaya tak meninggalakan solat ni secara berjemaah.
Dah elok bangun pagi... lepas subuh kite tido pulak...
erm bukan nak kata salah, dosa atau apa2 tapi waktu pagi tu waktu berkat. Saya sendiri agak sukar untuk menahan tidur lepas subuh tapi cubalah yang terbaik untuk mengatur waktu tidur agar selepas subuh kita tak perlu tidur. Rasulullah saw bersabda, " Ya Allah, berkatilah ummatku di waktu pagi"( HR Tirmizi, Abu Dawud, Ahmad dan Ibn Majah). Kalau kita tengok bisnesman2 yang berjaya kat barat, diorang bangun pagi2 ntuk pegi bekerja. Apala salah kita sebagai student pakai waktu nih untuk studi ke, ngaji ke, apa2 yang berfaedah la.
tak x ingat dah apa lagi yang dicakap dek sahabat saya smalam.. sampai sini je la..
wallahutaa'la a'lam.
Sunday, February 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
terharu kak dayah baca tajuk ni.. Memang waktu subuhla, cabaran yg paling berat untuk org islam..
Post a Comment