Saturday, February 14, 2009

Kain siri 10(akhir)

Dia masih tunduk dan mula berbicara,

“Selama ini..saya cuba yang terbaik untuk menjadi pelajar contoh,” pandangannya dialihkan kepada Miss Rahayu yang duduk di bawah pentas.

“Saya mengaku bersalah atas perbuatan saya terhadap Saleh tetapi semuanya dah terlambat,saya berjanji tidak akan mengulanginya lagi,” Samsudin menyambung kata- katanya.

“ Saya harap rakan lain tidak ikut kelakuan saya lagi,” Samsudin berkata dengan suara tersekat- sekat seolah dia menangis.

“ Saya bersumpah saya tak berniat untuk cederakan Saleh dan datang lewat pada hari tu, maafkan saya,” Samsudin menghabiskan ayatnya yang terakhir. Dia tidak dapat menahan sebak di dada sehingga pipinya dibasahi manik halus. Air matanya mengalir dan dia teresak- esak di atas pentas sambil tangannya memegang mikrofon.

Dewan menjadi sunyi dari suara manusia lain, hanya esak tangis Samsudin mengisi setiap ruang.

“ Jangan rotan dia cikgu!”Satu suara dari hadirin yang prihatin berkumandang memecah kesunyian. Pengetua Ibrahim mencari arah suara itu datang. Seorang pengawas berdiri sambil mengangkat tangannya tanda dia pemilik suara itu. Kemudian beberapa orang pelajar lain mengangkat tangan seraya melaungkan ,“Jangan rotan dia cikgu!”.

Semakin ramai yang mengangkat tangan lalu melaungkan permintaan yang sama. Miss Rahayu sudah berdiri dan mencekak pinggang memandang ke arah pelajar yang membuat bantahan. Namun begitu semakin ramai yang mengangkat tangan dan melaungkan ,“Jangan rotan dia cikgu!”.

Lebih kurang seminit berlalu semua pelajar yang mengisi dewan telah mengangkat tangan dan bersama melaungkan, “ JANGAN ROTAN DIA CIKGU!” dengan sepenuh hati mereka.

Pengetua Ibrahim terpaku melihat tindakan pelajar- pelajarnya. Dia tertanya- tanya apakah istimewanya tangisan Samsudin itu kepada mereka? Barangkali air mata seorang lelaki yang berlinangan itu lebih berharga untuk membayar selibas rotan. Penyesalan dan taubat Samsudin lebih menyedarkan mereka betapa berdosanya melakukan kesalahan. Jika dibandingkan dengan rotan yang hinggap ke punggung Samsudin dengan air matanya melalui ucapannya tadi. Air mata itu nyata berharga daripada segala- galanya.Justify Full

Pengetua Ibrahim sedar dengan keprihatinan pelajarnya terhadap Samsudin. Mungkin mereka lebih mengenali hati budi Samsudin yang sebenar kerana mereka lebih dekat dengannya.

“ Hari ini, I really surprise dengan you all, sebab you all berani menyuarakan pendapat. I kagum dan I hope you all tidak melakukan kesalahan dan try untuk memburukkan nama sekolah kita ini. So Samsudin I takkan rotan you hari ini, I kagum dengan air mata you.” Ucap Pengetua Ibrahim dengan bersemangat dan ceria.

Samsudin yang menangis di tengah pentas melangkah mendekati Pengetua Ibrahim dan memeluknya tanda dia berterima kasih. Hadirin yang menyaksikan drama realiti itu bertepuk tangan dengan gemuruh sekali apabila melihat Samsudin dan Pengetua Ibrahim seakan anak dan bapa. Miss Rahayu tersenyum melihat kelatah Pengetua Ibrahim apabila dipeluk Samsudin. Pasti ada rahsia di sebalik senyum manisnya itu.

**********************************

Sampai di sini sahaja kisah tentang diriku yang membosankan. Apa pendapat kamu tentang diriku yang baru. Adakah aku patut memilih antara AKU I atau AKU II? Tetapi semua ini tidak bermakna bagiku kerana kedua- duanya adalah aku. Aku adalah kain putih yang dicorakkan oleh persekitaran tapi dakwat dan warnanya adalah aku. Aku yang menentukan pilihan hidupku bukan ayah, emak, cikgu, rakan atau sesiapa sahaja. Tetapi diriku yang berkuasa atas pilihanku dan mereka hanya membantu. Terpulang pada aku untuk membuat pilihan paling tepat. Namun Allah jua empunya kuasa mutlak penentu segala. Kain putih itu adalah kita dan pencoraknya adalah semua, cuma kita benda hidup bukan seperti kain putih yang mati.

TAMAT

Cerpen ini telah ditulis pada tahun 2005, sewaktu saya berada di tingkatan 5. Tiada perubahan yang telah saya lakukan melainkan pemerengganan semula. Mungkin dalam pembacaan terdapat perkara2 yang agak berlebihan dihuraikan. Cerpen ini ialah pemikiran seorang pelajar sekolah yang berumur 17 tahun. Maka nilai kematangan dan pembangun jiwa agak kurang di dalam cerpen ini. Terima kasih kerana membaca.


Satu hari di Hari Raya...

No comments: