Monday, February 16, 2009

Hujan Petang(2003)

I

Jari-jemari Asraf pantas menari di atas papan kekunci komputer . Matanya liar melihat paparan monitor . Jantungnya berdegup deras apabila melihat sebaris perkataan diatas skrin , “ Kita jumpa di Rawang pukul 10 pagi cuti sekolah nanti” .
Hatinya melonjak gembira , terukir senyuman manis di bibir . Terdetik di fikiran rupa paras rakan internetnya sejak sekian lama , Balqis . Asraf bingkas bangun dan meninggalkan Cyber Café Batang Kali dengan seribu kegembiraan .

II

Pagi esoknya , Aizuddin tiba disekolah awal dari hari-hari sebelum , semangatnya berkobar-kobar untuk menuntut ilmu . Asraf dari jauh pantas meluru menyapa Aizuddin , “ Assalamualaikum Din , aku ada berita baik nak khabarkan pada kau ,”.
“Waalaikumsalam , apa yang kau nak khabarkan ?”Aizuddin pantas menjawab lalu menyoal .
“Adalah , mesti kau suka .”
“ Apa dia ? beritahulah cepat .”
“Ramai orang di sini , kita cakap di Kantin ,” ujar asraf sambil menuding jari ke arah kantin .
“Wah , untunglah kau dapat jumpa awek , kat Rawang pulak tu ,”.Aizuddin memuji Asraf dengan mulut yang sarat dengan mee goreng . Asraf tersenyum memandang gelagat rakan yang sedang sibuk melantak makanan disebelahnya . Memang hatinya tak sabar untuk bertemu dengan Balqis .

III

Cuti sekolah menjelang , Asraf bersiap sedia untuk bertemu dengan Balqis .
Pagi itu dia mengenakan baju T-shirt FUBU dan seluar jeans labuh berwarna biru . Dia melangkah keluar dari rumahnya dengan sejuta harapan .
Di tengah hiruk- pikuk Bandar Rawang seorang gadis sedang berdiri menanti seseorang . Wajahnya yang ayu bak kuntuman mekar di jambangan pasti memikat sesiapa yang melihatnya . Kerana itu jugalah Haris berpaut padanya .
Setelah beberapa ketika , sepasang mata tepat merenung ke arahnya . “Balqis?” Soal jejaka itu . “Ya ,…awak Asraf ?”gadis itu menyimpul senyuman manis di bibir . Pertemuan di tengah kesibukan kota itu membawa seribu erti kepada Asraf .
Setelah cuti sekolah tamat ,perilaku Asraf terus berubah , daripada seorang yang periang kepada manusia yang hanya membatu .
Aizuddin mula runsing melihat perubahan rakannya .
Dia cuba merapati Asraf dan menyoal “ Kau ni macam orang kena sampuk aje ?”.
“Aku rasa aku dah jatuh cinta pada …… Balqis ,” Asraf menyatakan sesuatu . Dahi Aizuddin berkerut , dia memandang tepat ke arah wajah Asraf yang tunduk lesu .
“ Jadi , apa masalahnya ? Dia tak terima kau ?” Aizuddin menyoal .
“ Tak , bukan begitu . Dia dah ada teman lain , teman dia adalah rakan baik aku ,” Asraf menjawap dengan berat hati .
“ Jadi kau takut dengan pakwe dia ?”
“ Bukan takut tapi tak sanggup ?”
“ Lupakan dia , cari yang lain ,”
“ Bukan semudah yang kau sangkakan , ini kali pertama aku jatuh cinta ,”
Luah Asraf dengan wajah yang tampak muram bagai kerang busuk . Fikirannya bercelaru memikirkan hal yang sedang melanda dirinya .
Asraf merasakan dirinya seperti sedang terperangkap ditengah pulau yang tak berpenghuni , sunyi dan sepi .
Tiba- tiba , mindanya menjana sebuah idea “Din, aku ada rancangan”.Asraf datang merapati Aizuddin . “ Apa kata kalau …………,”.
“Kau nak libatkan aku dalam hal ni , aku tak nak menipu ,” Aizuddin cuba membangkang idea Asraf . “Baiklah biar aku cuba luahkan isi hati aku kepada dia , tapi kalau tak berjaya , kita jalankan rancangan aku ,”.
“ Aku tak kisah ,” jawab Aizuddin ringkas .
Seminggu berlalu tetapi dirasakan Asraf bagai sudah berbulan dia menunggu . Mungkin hatinya rindu pada Balqis yang jauh di utara . Hari seolah merangkak dan menelan setiap detik yang berlalu .

IV

“Helo , Balqis ya ? Saya Aizuddin kawan Asraf ,” Aizuddin berkata dengan penuh kegentaran .
Sebuah suara manis yang indah penuh kemerduan menjawab, “Ya ,saya Balqis , Kenapa ?” . Aizuddin cuba berlakon seperti yang diminta Asraf , memang hidup lakonannya .

V

Pagi melabuhkan tirainya , burung berkicau mengisi ruang pagi . Asraf segak berbaju kemeja mendekati Aizuddin yang sedang membaca di tepi tangga .
“ Din , apa jawapan dia ?”. Asraf menyoal . “ aku tak tanya dia pasal soalan tu , tapi aku ada beritahu dia yang kau berubah seratus peratus ,”.Aizuddin menjawab pendek .
“Terima kasih Din . Kau rasa berapa peratus aku boleh dapatkan dia ?Ini termasuk halangan daripada pakwe dia ,”.
“75% ,boleh tak ?”tersembur kata- kata itu dari mulut Aizuddin . Asraf tersentak dalam sesaat fikirannya terbang melintasi masa lampau . Siapalah diri Asraf jika dibandingkan dengan diri Balqis . Balqis gadis jelita yang pintar dan berkebolehan . Lagipun Balqis tua setahun daripadanya .
. Sudah hampir sebulan Asraf berhubung dengan Balqis . Dia juga telah meluahkan isi hatinya kepada Balqis . Namun , tiada jawapan yang diterimanya . Memang benar orang kata , bukan mudah kumbang hendak melamar bunga .
Bulan kemerdekaan mula menjelang , kibaran Jalur Gemilang boleh dilihat di setiap sudut sekolah . Hari ini tugas yang berat dipikul Asraf . Bukan bebanan tetapi tanggungjawab yang harus dilaksanakannya . Sebagai pengerusi majlis dalam acara Pelancaran Minggu Patriotik .
Beberapa minit selepas deringan loceng persekolahan berbunyi Asraf mula menjalankan tugasnya . Baru beberapa patah kata dilafazkan Asraf , tiba – tiba pandangannya kelam . Terasa kepalanya bagai dihentak dengan seketul batu yang sangat keras . Asraf jatuh menyembah bumi dihadapan ribuan mata yang memandang .
Suasana bertukar gamat , ditengah kebisingan ribuan manusia kelihatan sekujur tubuh dipapah keluar oleh beberapa orang guru . bunyi Ambulans menggamatkan suasana dalam beberapa ketika . Aizuddin dari jauh hanya memerhatikan setiap babak yang berlaku . Dia tahu apa punca kejadian itu berlaku dan dia harus meleraikan kekusutan itu dari terus berpanjangan .

VI

Pandangan yang tadinya kabur beransur terang . Asraf membuka kelopak matanya yang terasa terlalu lesu bagai diikat dawai besi . Ayah dan bondanya teguh menanti di penjuru katil . “ Balqis” , terlafaz kata – kata itu dari mulut Asraf .Ibunya spontan bertanya ,“ Siapa Balqis ?”. “ Balqis? Dia cuma puteri idaman dalam syurga mimpi Asraf mak ,” Jawab Asraf segera takut kalau - kalau disalah anggap bonda dan ayahnya . Terukir senyuman manis dari ayah dan bondanya apabila mendengar jawapan itu .
Setelah hampir seminggu kejadian ini berlaku barulah Balqis diberitahu tentangnya oleh Aizuddin . Memang Balqis terkejut dan tak menyangka asraf boleh menderita hingga begini . Hatinya hanya mampu memberi kata dua , Haris atau Asraf .

VII

Disangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari , kuntuman percintaan antara Balqis dan Haris semakin layu . Segalanya berpunca dengan kehadiran orang kedua dalam hati Haris . Hancur perasaan Balqis apabila diperlakukan begitu . Sebelum saat itu hubungannya pernah juga dilanda ombak kegelisahan dan kerana itulah dia dapat bertemu Asraf .
Mutiara halus yang menitis menyentuh pipinya yang gebu mula kekeringan . Memang mustahil untuk dia melupakan Haris yang sudah lama menjadi degup jantungnya .

VIII

Asraf meneliti satu – persatu perkataan dalam buku notanya . Malam itu dia mengulangkaji subjek kegemarannya , Geografi . Kadang – kadang fikirannya terbawa untuk memikirkan tentang Balqis .
Tiba – tiba “tit….tit…,” telefon bimbit Asraf berjenama Nokia berbunyi menunjukkan satu mesej baru sudah sampai . Mesej yang datang dari Balqis itu berbunyi , ‘ Aku dah clash dengan Haris’. Asraf melihat jam di dinding , waktu sudah masuk pukul 12 belas tengah malam .
Asraf pantas mendail nombor telefon bimbit Balqis . Ternyata teknologi memang membantu manusia dalam berkomunikasi tetapi bukan untuk berdiskusi sesama manusia . Malam itu , embun menitis bak air mata Balqis . Asraf hanya berperanan sebagai penenang keadaan . sejak malam itu Asraf dan Balqis jarang berhubung . Kedinginan hubungan antara mereka memang dirasai Asraf bagai menanti mentari terbit dari ufuk Barat .

XI

Timbunan fail mengisi setiap ruang diatas meja Puan Noramah , deretan buku matematik , bahasa melayu , sejarah , sosial , kerjaya dan banyak lagi menghiasi segenap sudut bilik kaunseling yang sunyi dan sepi . Kelihatan seorang wanita yang sedang tekun menyiapkan tugasannya . Wanita itu ialah Puan Noramah seorang guru yang terkenal dengan dedikasinya dalam setiap kerja .
Asraf melangkah masuk ke dalam bilik kaunseling dengan seribu kegusaran . Puan Noramah yang sedang sibuk bekerja dari tadi mula menyedari kedatangan Asraf . “ Hai , takkan pintu bilik ni tercabut lagi sampai takde orang nak bagi salam .”Cikgu menyindir tepat menampar lubuk hati Asraf . Rasanya bagai dihiris dengan pisau 20sen sambil direnjis dengan air limau dan tak lupa juga dibaur dengan kicap Cap Kipas Udang.
Mata Cikgu Noramah yang dari tadi terjegil memandang Asraf membuatkan Asraf menelan air liur tak habis – habis . Bunyi kipas yang berputar ligat memujuknya untuk mula bersuara . “ Saya nak minta nasihat cikgu tentang masalah percintaan saya , terangnya ringkas . “ Cinta ?Amoi mana pulak yang buat awak tersangkut ni asraf ?”Cikgu Noramah berseloroh dan tersenyum .
“ Bukan amoi tapi anak dara .”
“ O….. anak dara , amboi ….muda – muda lagi dah bercinta !”
“ Tapi ada problem sikit cikgu , sebab tu saya datang jumpa cikgu ,” sambung Asraf .
“ Baik saya sudi membantu kamu . Sekarang ceritakan semua masalah kamu pada saya , InsyaAllah saya boleh bantu ,” ujar cikgu Noramah sambil menyusun fail diatas mejanya tanda dia sudi mendengar kemelut yang melanda Asraf .

XII

Sabtu memang hari indah yang menjadikan Kuala Lumpur kota cahaya gemerlapan seindah kota lain didunia . Deretan kenderaan , kesesakan manusia amat dirasai di hutan kosmopolis batu itu . Ketiadaan cahaya matahari bukan menandakan kematian kota ini . Ditengah kesesakan itu dua pemuda berjalan seiringan meredah asap debu kota .
Salah seorang pemuda yang berpakaian ala-Too Phat itu ialah Asraf ,
manakala jejaka tampan yang seiras dengan model iklan Pond’s itu ialah Haris . Lidah Asraf kelu untuk bersuara seolah disekat . Haris memandang tepat ke wajah Asraf lalu berkata , “Kau nak beritahu apa- apa kat aku ,”ternyata Haris dapat membaca gerak-geri Asraf yang tampak gelisah .
Asraf mengetap bibir tanda keresahan . Dikuatkan semangatnya sekental Banjaran Himalaya lalu dilontarkan pandangannya tepat ke wajah Haris . “ Haris sebenarnya …… aku suka pada Balqis,” Wajah haris nampak tenang , dia hanya membisu seribu bahasa .
Fikiran Asraf mengimbau memori ketika dia berada di dalam bilik kaunseling bersama cikgu Noramah . “ Waktu ini terlalu awal untuk kamu bercinta , lagipun PMR akan menjelang tak lama lagi . Cikgu rasa lebih molek jika kamu melupakan dia buat masa ini ,” itulah kata cikgu yang bertubuh kenit itu sebelum Asraf meninggalkan bilik kaunseling tempoh hari .
Dia kembali bersuara “ tapi aku dah lupakan dia . maafkan aku .”Haris tak memberikan sebarang tindak balas walau sedikitpun . Asraf dan Haris terus berlalu meredah debu kota ditengah jutaan manusia yang berhimpit – himpit tanpa tujuan .

XIII

Seminggu telah berlalu meninggalkan detik genting PMR yang dirasai Asraf . Malam itu dia hanya berbaring dikatil memandang siling yang memutih sambil mendengar alunan muzik radio . Lagu keroncong bagai mengampunya untuk melelapkan mata . Namun entah kenapa matanya lebih rela bersengkang daripada terlelap .
Baru sedetik tadi dia memikirkan tentang Balqis , telefon bimbitnya sudah berbunyi . Dia bingkas bangun dan menjawab panggilan yang datang dari kekasih hatinya . “ Hallo , Asraf ke tu ?,”gadis yang bersuara ayu itu bertanya dalam talian .
“ Ya , Asraf bercakap , mimpi apa Balqis telefon saya ni ?” asraf cuba menceriakan keadaan .
“ Asraf saya nak awak lupakan saya , walau apapun berlaku yang pasti saya takkan menyintai awak , maafkan saya .” Balqis bersuara dengan nada memaksa .
“ Tapi……hello , hello , Balqis , Balqis dengar ni dulu ,”belum sempat Asraf melafazkan kata – katanya Balqis sudahpun memutuskan talian . Asraf terasa begitu sunyi dan pilu . Radio yang tadi galak berbunyi kini hanya membatu kekerasan. Bunyi jam yang berdetik menekan minda Asraf dengan seribu persoalan .
“Mungkinkah aku terlalu jahat atau …terlalu memaksa dia ….atau aku tak sekacak Haris atau ……….aku ni memang tak layak untuk berjalan seiringan dengannya ?” itulah antara jutaan persolan yang menerjah fikiran Asraf yang terperangkap dalam kemelut percintaan .
Babak terakhir
Entah kenapa hari ini Asraf merasa terpanggil untuk kembali menjejakkan kaki di Kuala Lumpur . Bukan hendak membeli belah atau menonton wayang seperti selalu tetapi hanya untuk datang melihat kesesakan kota itu . Seolah – olah ada satu suara yang menyerunya untuk datang ke sana .
Jam 12 tengah hari , Asraf tiba di Kuala Lumpur tanpa arah tujuan . Matanya liar melihat bangunan – bangunan yang tersusun tinggi mencakar langit . Matahari yang tegak diatas langit menunjukkan tiada tanda bahang ini akan berlalu .
Sedang Asraf berjalan untuk menuju ke pintu masuk Mid Valley Mega Mall dia terlihat kelibat seorang gadis yang memang dia kenali kerana nama gadis rupawan bak bidadari itulah yang terpahat di hatinya . Asraf pantas berlari merapati gadis yang dilihatnya tadi .tetapi belum sempat mulutnya menyebut nama gadis itu , kelihatan seorang jejaka tampan sudah terlebih dahulu menyambut kehadirannya .
Gadis itu menyimpul senyuman manis yang indah bak syurga kepada jejaka yang menyambutnya tadi . Hati Asraf hancur luluh dan berkecai ketika menyaksikan pertemuan itu berlaku . Tanpa disedari butiran halus air mata kekecewaan mengalir deras menyentuh pipi asraf melambangkan kasihnya sudah berlalu pergi . Dua manusia yang bertemu semesra merpati yang terbang seiringan itu adalah Balqis dan Haris .
Asraf berlalu meninggalkan pasangan kekasih yang kembali bercinta itu dengan penuh kekecewaan . sesekali dia menyeka air matanya yang mengalir deras . Hujan lebat mulai turun ketika Asraf menyeberangi jalan yang tak berbumbung dihadapan hipermarket gergasi tersebut .
Dia menghentikan langkahnya lalu mendongak ke langit yang dihiasi dengan mutiara hujan . Dia merasakan sekelilingnya kelam dan tidak diisi sebarang bunyi . Hatinya tak berbisik walau secebis kata . Mungkin ini jawapan untuk kemelut persoalan yang melanda dirinya sejak sekian lama . baginya kini , cinta itu bagai duri dalam hati jika tak dijaga akan melukai dan jika terlampau dijaga akan menyeksa diri .

-Tamat-

Nota: Cerpen ini ditulis ketika saya berada di tingkatan tiga. Diadaptasi daripada kisah benar dan diolah untuk disesuaikan dengan gaya sebuah cerpen. Valentine Day yang berlalu merupakan hari yang sangat memalukan dan tak patut seorang muslim seperti kita menyambutnya. Apa yang terjadi dan tergambar dalam cerpen ini merupakan realiti anak muda zaman sekarang yang terlalai dan hanyut dalam pengaruh kehidupan bukan islami. Janganlah mencontohi watak2 yang telah tergambar di dalam cerpen di atas. Cinta monyet yang ternyata hanya sia2 dan mengundang dosa.


1 comment:

Anonymous said...

assalamua'laikumwarahmatullah...karya yang agak baik..cubaan yang baik..