Kamal ditahan di hospital akibat tulang belakangnya tercedera kerana terhentak selepas ditendang Saleh. Dia mungkin perlu tinggal di hospital selama dua atau tiga bulan bagi membolehkan dia berjalan semula.
Kejadian semalam telah menjatuhkan dan memburukkan nama baik sekolah Samsudin. Berita tentang Kamal yang cedera tulang belakang dan pergaduhan besar antara samseng kampung di sekolahnya memang satu topik hangat.
Pengetua Ibrahim terpaksa mengambil tindakan tegas terhadap pelajar yang terlibat dengan peristiwa ini. Sebagai hasil, seramai lima orang pelajar dibuang sekolah, dua puluh orang digantung sekolah selama seminggu, lima belas orang khidmat sosial serta rotan tertutup dan seorang dirotan di khalayak ramai.
Seorang yang bakal dihukum itu sudah tentu dapat dijangka orangnya. Kalau bukan Samsudin ,siapa lagi? Inilah igauan dan mimpi buruk Samsudin yang tak dapat dilupakan olehnya.
Pagi Isnin itu hukuman terhadap Samsudin akan dijalankan. Tiada pilihan lain untuk dia melarikan diri kerana dia sudah menandatangani perjanjian dan bersumpah akan menerima hukuman itu. Lagi dua minit perhimpunan akan bermula menandakan mimpi buruk Samsudin bakal menjadi nyata.
Tepat tujuh dua puluh pagi loceng dibunyikan menandakan semua pelajar perlu berhimpun. Samsudin berdiri dan berjalan menuju ke belakang pentas dewan. Dia sudah bersedia untuk menghadapi realiti dan kenyataan yang pahit ditelan. Dia menanti dengan penuh debaran di belakang pentas.
Terngiang- ngiang suara Kamal yang mengatakan ‘kita perlu keraskan punggunglah’ tempoh hari.
Masa yang tidak dinanti- nanti oleh Samsudin telah tiba, namanya diumumkan untuk tampil ke atas pentas bagi menerima hukuman. Samsudin mengatur langkah kecil untuk ke pentas. Kakinya seakan enggan untuk melangkah dan lebih selesa statik tidak bergerak. Hatinya mengucap khalimah- khalimah memuji Allah sambil wajahnya tunduk ke bawah.
Apabila pelajar lain melihatnya berjalan di atas pentas, suara- suara sumbang kedengaran mengutuk Samsudin. Telinganya panas digoreng oleh melodi sumbang dari khalayak seolah- olah dirinya terlalu hina.
“ Samsudin, sepatah dua kata please,” kata Pengetua Ibrahim sambil menghulurkan mikrofon kepadanya. Samsudin teragak- agak untuk menyambut mikrofon itu kerana terlalu gugup.
Bersambung...
SEMASHUR ISLAMIC SOCIETY...
No comments:
Post a Comment