Sunday, August 30, 2009

Thursday, August 27, 2009

Pagi Bakal Datang (continue)

Aku berjaya lari dari mautku dengan muka dan tubuh yang lebam- lebam serta tangan kananku yang berlumuran darah. Aku menangis menahan sakit, ku gagahi diriku ke sebuah klinik swasta. Mereka menyarankan aku untuk ke hospital namun aku menolak. Aku mampu membayar mereka dengan apa yang aku ada dan itu sudah cukup untuk membungkus tanganku, ditambah beberapa botol antiseptic, dan ubat tahan sakit untukku.

*************************

Dari luar bilik unit kawalan rapi, Yusof melihat ayahnya yang berbaring lemah di atas katil hospital. Mesin sokongan hayat terletak bersebelahan si ayah. Lantunan bunyi mesin elektrokardiogram mengisi kesunyian malam itu. Yusof diam beristigfar sambil berdoa moga ayahnya bangkit dari koma.

Dia juga berdoa moga abangnya sudi datang menjenguk si ayah yang sedang di hujung nyawa. Jika marah si abang masih tak reda, mungkin Yusof patut berundur dari situ. Mungkin si abang tidak dapat menerima dirinya.

Yusof diam. Di dalam mindanya kini, dia mengingatkan kembali peristiwa yang berlaku pada petang tadi.

“Dia bukan anak mak!” Abang Salam meninggikan suaranya.

“Sabar Salam… Dia adik Salam, percayalah cakap mak” Ibu memujuk si abang.

“Mak… adik dah mati mak.. adik dah mati..”

“Jangan cakap macam tu Salam… kalau adik Yusof dah mati… yang dalam rumah ni siapa? Hantu?” ibu cuba meyakinkan dirinya.

“Mak.. sedarlah mak.. bukak la mata mak tu… budak tu bukan Yusof yang dulu.. Budak tu budak lain mak!” Abang Salam mula naik angin.

“Apa yang lainnya? Salam tengok ni Salam.. tengok ni.. kan ini wajah adik Salam” Ibu dekat kepada Abang Salam, tangannya memegang bingkai berisi foto Yusof, ditunjuknya foto ini kepada Abang Salam.

“ Itu foto dulu mak! Yusof yang ada dalam rumah ni bukan Yusof adik Salam mak! Budak tu bukan adik Salam!” Abang Salam menepis bingkai foto.

“Pching!!!” Kaca- kaca bertaburan di atas lantai selepas bingkai itu bertemu bumi. Ibu tergamam menyaksikan perlakuan Abang Salam yang sudah melampaui batas. Ibunya hairan kenapa Salam sukar untuk menerima adik kandungnya sendiri.

Tiba- tiba ayah muncul, “Salam!” kata ayah dengan wajah kemerahan.

Abang Salam diam, hanya tunduk memandang kaca yang bertaburan di bawah.

“Salam dah melampau… kenapa susah sangat Salam nak terima adik kandung Salam sendiri?” Ayah yang sedang berang menyoal.

“Ayah cukup la tu, bagitau je la perempuan gila ni, yang budak tu ialah…”

“Pang!”

Belum sempat Abang Salam menghabiskan perkataannya yang terakhir, tamparan ayah hinggap ke pipi Abang Salam.

“Ayah tak ajar kamu untuk jadi kurang ajar!” marah ayah.

Abang Salam berpaling lalu berlari keluar dari rumah, tanda merah bekas tamparan ayah masih jelas berbekas.

Ayah pula yang tadi segar berdiri tiba- tiba rebah sambil tangannya memegang dada kirinya. Ibu panik, “Abang, abang, bangun bang!”.

Selepas mendengar jeritan ibu barulah Yusof turun dari tingkat atas rumahnya…

Lamunan Yusof terhenti setakat itu, kira- kira begitulah kisah bagaimana ayahnya berada di sini. Namun yang masih bermain- main di fikirannya ialah perlakuan Abang Salam yang menidakkan dia sebagai adik kandung. Tiba- tiba terdetik dalam hati Yusof, “ Siapa aku sebenarnya?”

‘Tut-Tut-Tut’.. talifon bimbit Yusof berbunyi, dia segera menjawab panggilan itu. “Assalamualaikum, helo mak, Yusof bercakap ni..”.

“Yusof.. balik rumah nak.. mak sorang- sorang kat rumah ni, abang kamu tak balik- balik lagi” Suara ibu agak suram.

“Ya mak, Yusof balik sekarang” Dia bingkas bangun lalu meninggalkan kerusi menunggu di hadapan wad kawalan rapi itu. Di dalam hatinya berdoa moga ayah akan bangun semula. Dia mahu bertanya sesuatu pada ayah. Soalan yang amat penting buat dirinya.

Monday, August 10, 2009

KD dan Atuk

KD dan Atuk

Pagi tu Abang Aiman kejut KD.

KD malas sangat nak bangun sebab hari tu hari cuti.

Abang Aiman cakap Atuk panggil KD. KD kne pegi jumpe Atuk mase tu jugak.

KD pon bangun, lepas tu KD basuh muke, gigi KD tak gosok sebab berus gigi KD terjatuh dalam lubang tandas.

Lepas tu KD buat- buat lari pegi kat Atuk.

Mase tu Atuk tengah sabit lalang kat tepi sungai. Sungai tu ada dalam kebun Atuk yang dekat dengan rumah kami.

KD dengan Abang Aiman duduk rumah Atuk sejak kami lahir lagi.

“Atuk.. KD dah sampai” KD sapa atuk sambil tercungap- cungap.. KD buat- buat lari tapi KD letih jugak siap berpeluh lagi.

Abang Aiman duduk bercangkung kat bawah pokok Manggis belakang Atuk.

“Ha.. cucu kesayangan Atuk dah sampai… sini- sini” Atuk lambai- lambai tangan panggil KD datang dekat.

“Aiman cucu tersayangan Atuk kan?” Abang Aiman menyampuk lepas Atuk puji KD.

“Eh.. sibuk la Abang Aiman ni.. kite la cucu yang Atuk paling sayang” KD tak puas hati, KD jelir lidah kat Abang Aiman.

“Nanti dulu, cucu yang atuk paling sayang ialah cucu Atuk yang pakai selipar” Kata Atuk tenang.

KD tengok kaki KD.. ha… KD pakai selipar.. =) KD pun senyum sorang- sorang. Abang Aiman pun senyum sorang- sorang.

Tapi Lepas tu..

Atuk suruh KD angkat air sungai untuk diisi kat dalam tong kosong kat bawah pokok manggis.

Abang Aiman tengok je..

Atuk suruh KD gune bekas rotan kotor yang banyak lubang untuk ambil air sungai.

KD merungut- rungut..

Terkedek- kedek KD angkat ambil air.. baru je KD angkat air dari sungai,

Air tu dah menitik- nitik keluar dari bekas

Sampai aje kat depan Tong tu.. sikit je air yang tinggal

KD tak puas hati

Kali ni KD ambil air sungai, kemudian KD lari laju- laju.. tapi tak laju pon sebab KD punya badan berat

Last- last Tong tu tak penuh pon.. KD yang penat

KD mengamuk.. KD campak bekas rotan..

“Atuk jahat! Atuk jahat! Atuk buli KD!” marah KD.

Atuk tak marahpun.. Atuk senyum lepas Atuk pegang bahu KD.. Atuk usap rambut KD

“Cuba KD tengok bekas rotan tu” Atuk menuding jari ke arah bekas rotan yang KD baling tadi.

Bekas rotan yang kotor tadi dah bersih!

“KD, kadang- kadang ada perkara dalam kehidupan kita ni susah untuk kita capai… tidak kiralah kalau kita berjaya capai tujuan tu atau tidak.. tapi yang pasti.. pasti ada perubahan berlaku pada kita.. kalau kita tak nampak pun perubahan tu yakinlah Allah swt akan memberi ganjaran di sebalik perbuatan kita tu. Yang penting ialah KD kena sabar dan ikhlas” nasihat Atuk.

“Maknanya.. walaupun KD tak dapat penuhkan tong tu dengan air, tapi KD dah berjaya bersihkan bekas rotan tu.. apa yang KD perlukan ialah kesabaran dan keikhlasan” KD mula faham.

Terima kasih Atuk.

KD dah lapar.. jom makan manggis.