Monday, March 30, 2009

Sandwich Dakwah siri 1

Petang itu, kelas tamat agak awal berbanding hari- hari sebelumnya. Sudah menjadi kebiasaan untuk aku singgah ke café dahulu sebelum ke surau. Siap menyantap di café akan ku tuju ke surau yang bagaikan bilik keduaku. Di surau aku akan berehat melepaskan lelah dan pening sepanjang hari bertahan di dalam kelas mendengar lecture. Sudah menjadi rutin bagiku untuk menanti waktu asar sebegini. Selalunya jika aku pulang ke bilik sebelum waktu asar, jawabnya terlepaslah peluangku untuk solat berjemaah kerana selalunya aku akan terlelap lalu terlajak tidur!

Aku memakir motosikal Yamaha kesayanganku di hadapan tempat pembuangan sampah. Bau ‘harum’ semerbak menjamah hidungku, sangat tidak selesa. Lagi- lagi, bau itu dapat dikesan di kawasan sekitar café dan juga surau. Kalau ber’untung’ angin kuat yang berlalu di kawasan pembuangan sampah pasti membawa aroma ‘istemewa’ itu ke seluruh kawasan CF Brother. Kedua- dua lokasi itu terletak sangat dekat. Rungutan pelajar- pelajar selalu kedengaran setiap kali melalui kawasan itu.

Apa relevannya tempat pembuangan sampah lokasinya sangat dekat dengan café? Mereka mempersoalkan. Bau sampah –sampah itu pasti menarik perhatian lalat- lalat untuk berkunjung ke café. Lalat bukannya pandai basuh kaki, Bila dia dah pegang sampah atau kotoran dia singgah pulak ke makanan kami,. Kalau kami sakit perut tak ke susah kami nanti? Terpaksa ponteng kelas sebab kena tahan di wad, kata mereka lagi. Jari pasti ditudingkan ke MRC(Mahallah representative Club) atau SRC(Student Representative Club) selaku badan yang bertanggungjawab melayani setiap rungutan pelajar- pelajar.

Langkahku mula diatur untuk ke café. Bau longgokan sampah yang meloyakan diganti dengan aroma masakan yang menyelerakan. Walaupun agak lewat aku ke mari untuk bersantap namun masih asli lagi aroma kari dagingnya, sup ayam, ayam goreng, ayam masak merah tidak lupa juga masakan panasnya.

Café yang sederhana besar ini di bina di atas sungai buatan kecil yang menjadikan deruan air sebagai halwa telinga kepada pengunjung. Suasana café yang terbuka memberikan pengunjung kebebasan untuk menikmati pemandangan sekeliling. Terdapat 7 kedai makan yang dibuka di sekitar kawasan ini. Kedai- kedai ini menyediakan pelbagai variasi makanan yang dijual dengan harga yang lebih rendah berbanding kawasan sekitar Kuantan. Antara kedai yang ada ialah Café Melor, Café Laila, Che’ Jusoh Café, Masakan Panas Zul, Kedai Aiskrim Fatimah, Kedai Kuih Abang Awang dan Gerai Burger Abang Achim.

Ya, jam empat sudah dibuka kedai Masakan Panas Zul. Aku berkira- kira mahu menempah nasi goreng atau tidak. Perut yang mula berkeroncong memang sah akan memutar mindaku untuk membayangkan makanan yang enak- enak. Tidak terbayang bagaimana Baginda Rasulullah saw sampai mengikat batu diperutnya demi untuk menahan lapar. Perutku ini, tak perlu diletak batu, seluarku sudah ketat untuk dikancing. Lemahnya ummat akhir zaman.

Empat meter lagi untuk ku tiba di kaunter tempahan Masakan Panas Zul, Khaleed Hamdi, dan Saif Ali melambai ke arahku. Mereka menjemputku duduk semeja. Keduanya merupakan pelajar jurusan kejururawatan di Kampus UIA Kuantan ini. Sama seperti aku yang masih berada di tahun pertama, bezanya cuma aku mengambil jurusan perubatan. Dulu, sewaktu di matrik UIA di Petaling Jaya Khaleed Hamdi pernah sekelas bersamaku. Dia pelajar yang pintar, CGPAnya hampir mencecah 4flat, namun ditolak mentah- mentah tawaran untuk mengambil bidang perubatan. Ada lecturer yang cuba memujuknya untuk mengambil bidang perubatan namun, dia merasakan lebih dekat dengan bidang kejururawatan. Sebabnya masih tidak diketahui olehku.

“ Tafaddal syeikh, tafaddal..hehe”, Saif mempersilakanku sambil tersengih- sengih. Gelaran ‘syeikh’ itu biasa digunakan sebagai panggilan meraikan seseorang di sini. Padahal, itu panggilan untuk orang tua di Negara arab. Di dalam al- quran juga digunakan perkataan syeikh. Sebagai contoh panggilan kepada Nabi Syu’aib yang sudah tua.
“Sukran- sukran, susah- susah je lambai- lambai tangan, panggil je la guna mulut,” kataku sambil punggungku dilabuhkan ke kerusi. Beg hitam yang digenggam kuletakkan di kerusi sebelah. Khaleed Hamdi yang berada di hadapanku sedang lahap menguyah pisang goreng, kelatahnya di diperhatikan oleh Saif Ali. “Kala mu nok makang pinggang sekalipung dakpe,” Saif menegur sinis. Khaleed tersedak kerana mahu menahan ketawa, dia mencari air. Dicapainya gelas Saif yang berisi air masak, diteguk hingga habis; Saif melopong kerana terkejut airnya dihabiskan sekaligus. “Mu isi balik..”, Saif merengek kecil, kelatahnya seperti seorang budak.
“Takpa- takpa biar aku yang ambilkan,” Aku cuba menawar diri. “Eh tak payah susah- susah, kite habiskan pisang goreng ni dulu, nanti aku belanja korang cendol”,Khaleed menjemputku bersantap. “ Tu la lain kali jangan gelojoh sewaktu makan, adab tu perlu dijaga, baca bismillah sebelum makan,” Tegurku. “Oh, aku lupa baca tadi, patut jadi macam nih.. hehe Allah balas sebab lupakan Dia.Aku ni makan banyak sangat. Nanti khamis aku nak puasalah”, Jelas Khaleed sambil tersenyum.

Puasa? Khaleed sebut puasa? Oh ya aku juga berpuasa hari ini! Oh bagaimana boleh terlupa? Aku masih belum bersantap lagi, patutlah tubuhku meminta ingin dipenuhi keinginannya.

“Jeput, syeikh makang pisang goren nih,” Saif menghulurkan pinggan berisi pisang ke depan mukaku. Baunya naik memenuhi rongga hidung. Tangan ku mula bergerak mengangkat mahu mengambil sejemput. Namun imanku menolak… erm bagaimana nih???
Bersambung…

Ucapan Yang Konpem Takkan Rugi

Ni hadith yang perlu dihafal masa saya dan akh2 yang lain berjalan kaki sapanjang rehlah masyi yang berlangsung di tempat saya blaja sabtu lalu. Perjalanan hampir 5KM(atau lebih). Penat la jugak pasal lapar tapi itu sebagai satu ujiannya saja.

Dalam berjalan tu kami ditakhlifkan dengan hafalan hadith, zikir subhanallah x 100, alhamdulillah x 100, dan allahuakbar x100 dan menjaga barang amanah yakni sebotol air mineral. Botol mineral itu hanya di bawa sahaja, tak boleh diminum =(... Seolah2 arahan kepada tentera Thalut yang hanya dibenarkan untuk minum seteguk saja...)

Matan dalam bahasa arabnya tak dapat nak ditulis kat sini. Maksudnya sajalah ya... sekadar perkongsian.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw bersabda;

Barangsiapa yang mengucapkan: subhanallahwabihamdih( Maha Suci Allah, segala puji bagiNYA) setiap hari seratus kali nescaya gugurlah kesalahan- kesalahannya sekalipun sebanyak buih lautan.

Thursday, March 26, 2009

Kepada Sahabatku yang Akan Membina Masjid tak lame lagi

Sahabat,
ketika pertama kali aku kenalimu,
ketahuilah bahawa aku tau ko orang yang baik

Sahabat,
Trima kasih sebab jadi sahabat aku,

Sahabat,
Aku masih menanti kad jemputan perkahwinanmu yang tak kunjung tiba lagi

Sahabat,
Aku nak solat asar ... sebab dah azan.
Lepas semayang nih aku sambung kay?

*******

okay, aku sambung balik..

Sahabat,
Tahniah sebab tak lama lagi ko akan mendirikan rumahtangga
akulah orang ke- 100 paling happy.
knapa 100? sebab yang 1st mestilah ko, yang second ayah ko.. then ramai lagi
pastu baru aku.

Sahabat,
jadilah suami yang adil..
suami yang adil tu macam mana?
ntah aku pon tak tau sebab aku belum kahwin lagi.

Sahabat,
Harap2 lepas kahwin ko dah tak menghadapi tekanan jiwa yang kronik lagi kay?
Aku kesian kat ko sebab menerima dugaan hebat sebagai seorang lelaki,
sebab ko ada 'X' factor yang membuatkan perempuan selesa bila bercakap dengan ko
sebab 'X' factor tu ramai yang menaruh hati kat ko
tak tau lah lepas ko kahwin ade lagi yang sanggup menanti
harap- harap diorang dapat terima kenyataan ni..

Sahabat,
lepas ko kahwin ko akan naik pangkat daripada 'bujang' kepada 'suami'
Aku ade kawan yang dah naik pangkat 'bapa'
blaja sekali ngan aku amek medic skali.
Aku still pangkat 'bujang' lagi
tak tau la ble bole dapat 'promotion' hehe

Sahabat,
Selepas kahwin nanti,
tanggungjawab kau pasti akan bertambah banyak.
so, harapan aku janganlah kau melepaskan tanggungjawab dalam dunia dakwah
separuh agama kau dah sempurna, so.. lebih mudah bukan untuk bergerak?
atau perkahwinan ni dapat menjadi alasan kukuh untuk kau mengelak?
fikir- fikirkan.

Sahabat,
Ini bukanlah nasihat untuk kau,
cuma luahan hati kegembiran dari seorang rakan,
aku sambut nasi minyak kau dengan senyuman,
berdoa agar kau dilimpahi kerahmatan,
semoga perkahwinanmu akan menjadi kekuatan,
untuk kau berjuang meredah gelora ujian tuhan,
menguatkan kau dalam menyampai seruan Allah kepada insan yang sedang tidur

'SELAMAT MENDIRIKAN RUMAH TANGGA!'
-macam pelik sikit bunyinya-

Wassalam
ditujukan kepade sahabatku yang berada nun jauh di sana.

Saturday, March 14, 2009

10 Sebab Untuk Saya Gagal End Block Exam

Panjang tajuk nih.
saye telah mengeliskan 10 sebab yang dapat meningkatkan potensi untuk saya gagal dalam exam final yang akan tiba 29 hari lagi. Berikut listnya:

1. Saya orang first dapat note. Tapi saya DAPAT je bukan orang first yang BACA! Tu yang bahaya tu..

2. Ketika orang lain tidur sayapun tidur, ketika orang lain study sayapun tidur.

3. Katil yang tidak dikemas dan dipenuhi timbunan nota2 pembelajaran menyebabkan saya berserabut dan hilang semangat untuk membaca.

4. Masa free saya gunakan untuk pegi Eng Hong beli barang dan menonton Kamen Rider.

5. Menyibukkan diri dengan program kokorikulum tapi lepas habis program nota tak disentuh.

6. Lepas subuh saya tak buat pre- reading macam selalunya sebab saya tidur.

7. On komputer time study konon nak pasang lagu supaya tak mengantuk, last- last berakhir dengan saya maen game.

8. Pegi bilik member niat nak study tapi jadi sesi beborak pulak.

9. Salin nota dalam kelas, lepas tu bile balik tak baca sebab tulisan hodoh sangat tak leh nak baca. Salin pon sebab nak prevent mengantuk, tapi ngantuk jugak.

10. Makan banyak lepas tu perut penuh akhirnya mengantuk dan tertidur.

Di masalah solutionnye simple je...

1. Jangan buat semua benda diatas dan lakukan sebaliknya.. setel.